06 September 2011

Nota Kecil (X)

1. Raya

Raya tahun ni first time aku beli baju raya untuk family. Kesimpulannya - beli baju raya memang proses yang amat meletihkan. Kedua, baju perempuan memang lagi mahal daripada baju lelaki (baju raya adik perempuan aku umur 10 tahun lagi mahal dari baju raya aku, ish).

Beraya tahun ni rasa macam beraya sebagai orang dewasa,, hahahaha. 

2. Seat no: 1A

"Benda apa dalam bekas plastik tu?" pegawai polis airport tanya aku.
"Dodol." 

"Ooo, dodol.."
"Nak check bukak tengok ke, takut2 C4 ke ape?" aku tanya polis tu. Senyap.

Ok. C4 bukan bahan lawak untuk pegawai polis rupanya.

Boleh pulak dapat hot seat kali ni, haha. Rupanya duduk kat seat 1A aku kena duduk menghadap pramugari, sebab dorang punya tempat duduk setentang dengan aku (pramugari duduk kat kerusi bila pesawat naik & landing). Waktu makan tadi masa makanan dah hidang, dorang duduk lagi kat depan aku. Aku continue baca buku dulu, tunggu dorang pergi tolak troli baru aku start makan. Rasa tak selesa makan menghadap perempuan. (Mungkin sebab tu la kot aku takde single sampai sekarang).

3. Saktism

"Bro, korang join tour Impiety kat Sibu ke?" aku tegur band Saktism, masa dorang tengah tunggu luggage dorang kat airport tadi.

"Kitorang baru balik dari Bangkok, tak tau pulak pasal gig kat Sibu ni," salah sorang dari line up band tu jawab.

"Aku ingat korang join yang kat Sibu ni, sebab Impiety turun sini jugak tapi aku lupa pulak bila tarikh dia," 

"Kau dari mana?" dorang tanya aku pulak.

"Aku dari KL. Ni datang semula sebab aku kerja kat hospital,"

 "Hospital? Kau kenal Nazifuddin? Dia kerja kat hospital jugak. Tu orang kuat metal Sarawak tu,"

"Dia kerja bahagian mana? Aku kat farmasi." aku balas balik.

"Aku pun tak tau la, tapi dia kerja kat hospital la, kat KKM jugak," 

"Aku bengang betul la tadi, dorang main campak je luggage tadi. Patut hormat la sikit barang orang," dorang merungut pasal luggage handling.

Dah siap cukup semua luggage dorang, dorang pun blah. Sempat la aku bersalam dengan line up band black metal nih. Heheh.

Saktism sekarang base dekat Sarikei.

4. Scholarship

On the way ke LCCT, Abah call. Dia cakap surat tawaran scholarship lecturer sampai kat rumah. Cis! Kalau aku keluar rumah lewat sikit tadi kan tak banyak karenah. Abah tanya, sempat ke tak dia nak catch up aku kat LCCT. Raub  ke LCCT ambik masa 3 jam lebih kurang kalau berkereta, tu pun kalau jalan tak jam. Last-last aku mintak Abah send je pakai pos ke Sibu.

Allah dah kabulkan salah satu permintaan aku.

Esok aku kena call KKM, tanya pasal posting aku lepas ni. Kalau kat Sabah Sarawak jugak, maka secara automatiknya - goodbye KKM, aku memang ambik terus offer tu. Tapi kalau dapat transfer balik dekat dengan rumah, jawapannya solat istikharah la pulak.

Sekurang-kurangnya kepala aku lega sikit, walaupun tak sepenuhnya.

5. Kahwin

Aku nak settlekan dua benda ni dulu - rumah kediaman & ibadah haji, baru lepas tu aku nak fikir pasal cari jodoh. Muktamad.

Calon isteri? Yang nak jadi surirumah - fulltime. Kalau nak buat part time blogging ke, jual kain sulam ke, tulis novel ke still boleh consider. Tapi apa2 hal mesti fokus kat management rumah tangga & anak-anak. 

9 comments:

Nenad said...

Ciri2 calon isteri ko terbaik lah! Hihih

karl said...

Cara aku berfikir mungkin songsang dari org lain. Takpelah, aku yakin dengan plan aku

Pei Pan said...

Calon isteri sepenuh masa - pagi baju kelawar, petang kelawar lagi & malam mestilah kelawar juga.

karl said...

hahaha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam... buleh dapat vigra free ke bro

karl said...

Wassalam. Viagra ni kat hosp pun bukan semua patient dapat bro, mahal nok mapuh, dah la jual sekotak 4 bijik je. x dapek den nolong, heheh.

diyah_Noh said...

walah..bes nye la hai sape yg jd bini ko..

karl said...

best ke Naoh? pompuan zaman skang bukan suka ade career ke?

Anonymous said...

carik yg pandai buat part time blogging, jual kain sulam dan tulis novel. at least dorg ada income sendirik. full time sngt susah jugak. depan2 ko bukan tau apa jadik. well prepared itu penting.

dan lagik satu, kalau ko nak wife fulltime, sebelum kahwin ko bukan saja kena settlekan rumah kediaman dan ibadah haji mcm yg ko mahu, ko jugak kena ada sumber kewangan yang cukup kukuh. aku ada baca dalam novel syahadah gadis aties, suami kena sediakan nafkah dan harta sekurang-kurangnya cukup untuk dibelanjakan si isteri dan anak2 selama setahun in case ko mati tiba2. ko blh check ayat nieh dalam surah al-baqarah ayat 240. eh aku xlah ckp ko nak mati tp soal ajal nieh mcm jodoh kita bukan tau.

n perempuan zaman skrg mmg suka ada career. tapi aku rasa perempuan sekarang in marriage at 1 point juga mahu settle down dan beri tumpuan pada keluarga. orang lain aku tak pasti tapi aku mmg begitu. punya pemikiran bahawa anak yang diberi makan dengan air tangan orang gaji taklah secerdik anak yang diberi makan dengan air tangan ibu. gila noob punya pemikiran kan. kah3x..

dan baju kurung perempuan skrg mmg mahal. ko belom tgk tudung ariani lagi. sehelai harga mcm sepasang baju melayu korang. tahun depan try belikan dorg sehelai. mungkin ko akan rasa beraya tahun tuh lagi mcm orang dewasa.

eh btw C4 tuh apa? kepala aku dr tadik kuar C4H10. Vavi..

nur yana-malas nk sign in