02 August 2011

Review novel: Paradoks (Affifuddin Omar)

Ni kali kedua aku beli dan baca novel bekas timbalan menteri ni. Gaya penulisan sama, lebih kurang macam novel Dendam yang aku review sebelum ni.



Masih berlegar di dunia korporat dan politik. Kalau Dendam menampilkan protagonist yang menjadi jahat akibat dendam yang terbuku sejak dari kecil, Paradoks menonjolkan Ariffin yang berjiwa murni dan bersih tetapi menjadi korban environment yang berterusan menindas beliau. Berkisarkan tentang seorang ahli politik yang berintegriti dan berkorban demi kepercayaan serta prinsip yang dipegang, satu persatu akar kesabarannya digugat dan ditarik oleh manusia-manusia jahat, oportunis, tamak dan manusia yang bertopeng seribu wajah, semestinya mewakili mereka yang benar-benar wujud di dalam kelompok manusia dalam negara ni.

Selepas membaca sehingga separuh bahagian novel ni serta 1/10 bahagian akhir novel ni, akhirnya aku menyesal sebab membaca ending novel ni terlalu awal. Mungkin begitu jugak demikiannya kehidupan manusia yang dijadikan oleh Tuhan, agar dihijabkan kesudahan hidup kita agar kita tak mengambil jalan mati secepat mungkin. Apa-apa pun, ringkasnya sebagaimana tajuk novel ini, penghujung novel ini juga merupakan suatu paradoks. Orang baik akhirnya kalah juga, dan sememangnya dalam hidup juga begitu - orang baik selalunya kalah di pentas dunia, dan mereka disenandungkan dengan cerita kemenangan di hari pembalasan. Rasanya biarlah yang mereka berminat membaca novel yang ringkas bahasanya dan terbuka minda mereka membeli novel ini terlebih dahulu kemudian menilai karya Affifudin Omar ni. Novel yang berbaloi dibeli, kalau tak mampu beli, maka novel ini tetap berbaloi untuk dibaca. Pengajaran dan nilai dalam novel ni memberikan pedoman yang berguna kepada pembaca - teramat sakit menjadi orang berprinsip dan beriman, tapi buat mereka yang beriman itulah jalan yang harus dipilih. Mungkin nilai paradoks yang terbaik dalam novel ni ialah bagaimana sepasang suami isteri, Seng Lee dan Mandy, penganut Roman Katholik, dan si suami pula menyertai parti politik yang bertentangan dengan parti politik yang diceburi Ariffin tetapi setiap hujung minggu ketika hadir di gereja,  mereka berdua setiap minggu mendoakan kesejahteraan rakan mereka iaitu Ariffin sedangkan dalam riwayat hidup Ariffin seringkali dia dikhianati oleh bangsa seagama, sebangsa malah turut bernaung di bawah satu parti bersama beliau. Paradoks yang satu ini cukup berkesan - aku sendiri rasa macam kena tampar lepas baca epilog novel ni.

Rating: 9.0/10

2 comments:

Lucifer said...

wow. sounds nice, mana boleh dapatkan?

karl said...

aku beli kat emporium lcct. tak tau la kat mph @ popular ade ke tak