14 August 2011

Pesan Ali

Saidina Ali R.A. pernah menasihati Gabenor Mesir, Malik Al Asytar berkenaan etika dalam mentadbir masyarakat. Kat bawah ni petikan nasihat tu, yang rasanya tak pernah dibaca pun oleh kebanyakan pemimpin politik Malaysia ni - baik UMNO, PAS, PKR - apatah lagi DAP, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kalau pernah baca pun, rasanya yang pernah baca tu pun setakat baca je, lepas tu buat bodo.

Pupuklah di dalam diri mu sifat cintakan rakyat jelata dan biarkan ia mengalir kepada mereka. Jangan sama sekali engkau berlaku biadap kepada mereka, dan janganlah engkau ambil sedikit pun apa-apa yang menjadi hak mereka. Ingatlah rakyat jelata mu itu adalah antara dua jenis sahaja: sama ada mereka itu saudara mu dalam agama, atau mereka itu manusia seperti mu jua. Mereka boleh melakukan kesilapan, malah setengah daripada mereka suka melakukannya. Akan tetapi maafilah mereka sebagaimana engkau suka Tuhan memaafkanmu. Engkau dipertanggungjawabkan ke atas mereka, sebagaimana aku dipertanggungjawabkan ke atas kamu. Dan di atas aku ada Allah Taala, Tuhan yang mempertanggungjawabkan kita semua ke atas rakyat jelata seluruhnya. Dan kita akan disoal tentang apa yang kita lakukan ke atas mereka.

No comments: