24 August 2011

Karamah

Dah lebih separuh hari orang kampung berdiri dekat tebing sungai, semua berkerumun macam ada pesta. Sebenarnya bukanlah pesta pun, di kalangan orang yang berdiri kat tepi tebing sungai termasuklah waris dan saudara mara Usop, lelaki berusia 30-an yang hilang ditelan arus sungai lepas menjala kat beting pasir kat tengah sungai. Hujan turun rintik-rintik, dan tebing sungai dipenuhi dengan motosikal serta kereta yang dibawa oleh mereka yang bertandang ke tebing sungai.

Sungai Lipis pada masa-masa kemarau di mana hujan berbulan-bulan tak turun tidaklah seganas ni. Tapi semenjak 3 minggu lepas hujan kerap jugak turun, terutamanya di Raub, daerah yang jauh di hulu negeri Pahang. Bila hujan turun lebat, arus sungai akan mengalir deras kerana air mencurah-curah turun dari hulu.

"Tak boleh jadi ni, dah dekat separuh hari dah ni. Keh rasa baik kita semua cari ke hilir sana ha, kot2 tersangkut ke tepi tebing ke, macam mana?" Anjang Ya memberitahu pendapat dia. Beberapa orang yang mendengar pendapat lelaki separuh umur tu mengangguk-angguk, dan mula berkira untuk turut sama berserta Anjang Ya ke hilir sungai.

Imam Resad baru sampai. Di tangannya kelihatan sebungkus beg plastik berisi garam. Orang ramai di tepi tebing sungai memberi laluan kepada Imam Resad.

Segenggam garam kasar disauk oleh Imam Resad, sambil dibacakan doa dan ayat Al Quran yang kedengaran tak terlalu kuat, separuh berbisik. Selesai bacaan Imam Resad melontar genggaman garam kasar di tangannya ke arah sungai.

"Tunggulah kejap lagi, Insya Allah ade la tu," Imam Resad berkata.

Seminit. Dua minit. Kemudian, 10 minit...

"Tu ha!! Tu dia!! Weh, cepat, ambik bot pergi ambik.." kedengaran suara seseorang bertempik. Semua mata di tebing memandang ke arah tengah sungai. Sekujur jasad kelihatan terapung-apung di tengah sungai, bergerak mengikut arus. Beberapa lelaki segera mengemudi bot, menuju ke arah jasad tersebut. Akhirnya jasad kaku Usop berjaya juga ditemui.

Macam mana jasad arwah Usop boleh tiba-tiba timbul kat tengah sungai? Arus sungai deras dan kalau ikut logik patutnya di jauh dibawa ke hilir. Berdekatan lokasi sungai tu merupakan Jeram Besu, kawasan aktiviti berkanu yang jugak dikatakan kawasan yang keras sebab setiap tahun ada orang lemas kat situ.


Cerita ni kisah benar, berlaku kat kampung aku 20 tahun lepas cuma nama watak diubahsuai. Imam Resad pun dah lama meninggal, nak tanya kat dia ape benda yang jadi sebenarnya pun dah tak boleh. Wallahualam.

3 comments:

Nur Yana said...

aku tak suka cerita ending macam nieh. sama mcm cerita beruk tuh. sebab nnt tak sng hati fikir apa yg berlaku selebihnya or apa yg berlaku sebenarnya. huh!!

diyah_Noh said...

kenapa eh...jujur cakap aku x boleh fikir nape (-_-')

karl said...

Yana: haha, mne boleh semua benda ade solved ending. yg ni twisted ending

Naoh: karamah kot, pertolongan dari Allah :)