18 August 2011

Aku tak fahamlah ape kerja ko..

Soalan yang adik lelaki yang kedua bongsu aku,Aiman tanya kat aku, sambil dia main game Angry Bird.

Aiman sejak dari awal sekolah minat dengan subjek matematik. Disebabkan teruk dipaksa mak aku untuk hafal sifir 1 sampai 12, masa dia umur 9 tahun dia dah lancar sifir-sifir tu. Dan disebabkan tu jugak subjek matematik dia sentiasa A, berbanding dengan subjek lain yang selalunya dia dapat B. Adik aku yang sorang ni suka bermain dengan binatang, sampai adik bongsu aku Alia pun ikut sama minat. Kucing-kucing jiran sebelah aku, Kutub & Pak Tam selalu datang ke rumah aku sebab Aiman & Alia selalu main dengan dorang.

Anyway, adik aku tak faham kerja aku macam mana sebenarnya. 

Tengah hari semalam ada beberapa sesi medication counseling sebab semalam ada sesi Nephro & Medical Clinic. Kat hospital, terutama hospital pakar, pesakit-pesakit yang masalah kesihatan macam penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, asma, masalah buah pinggang dan sebagainya akan ada follow up yang dilakukan oleh konsultan, pakar perubatan dan pegawai perubatan. Setiap kali pesakit-pesakit ni datang untuk follow up, doktor akan periksa dan lakukan ujian ke atas pesakit-pesakit ni - tengok semula keadaan pesakit selepas dorang dah start makan ubat untuk beberapa bulan, sama ada keadaan penyakit dorang bertambah pulih, tak berubah atau bertambah teruk. Kalau keadaan bertambah pulih, mungkin ada sesetengah ubat yang doktor akan cuba beransur-ansur hentikan atau mungkin ubat yang memang pesakit tu dah makan lama akan dikekalkan. Kalau keadaan pesakit tak berubah atau semakin teruk, selalunya akan ada perubahan la dalam rawatan pesakit tu,pertama sekali doktor akan cuba kesan apa punca penyakit dia tak berubah walaupun dah lama makan ubat. Kalau pesakit memang patuh pada arahan, makan ubat ikut waktu & cara yang betul tapi masih takde perubahan pada pesakit maka doktor akan buat perubahan la terhadap rawatan yang sedia ada - sama ada akan ada ubat baru yang ditambah, atau ubat yang dah lama makan akan diganti dengan jenis ubat yang baru.

Tugas aku sekarang, nak kata banyak tu takde la banyak tapi ade signifikan la terhadap rawatan pesakit. Pertama sekali, kalau ada pesakit yang rawatan mereka dah berubah dari segi jenis ubat yang dorang kena makan, maka jadi tanggungjawab aku untuk pastikan dorang aware tentang perubahan rawatan tu dan seterusnya makan ubat dengan cara yang betul supaya rawatan dorang berkesan. Selain tu, kalau ada masih tak ade perubahan dari segi pemulihan penyakit walaupun dah lama makan ubat, aku kena interview pesakit, tanya kat dia sama ada dia makan ubat ke tak, kalau tak makan kenapa tak makan - sebab ada sesetengah orang yang rasa tak sedap badan lepas makan ubat, dorang terus tak makan ubat dan akhirnya menyebabkan keadaan penyakit dorang jadi bertambah serius. Kalau ada masalah berkenaan ubat-ubatan, sebagai contoh pesakit ada darah tinggi, lepas tu doktor start bagi ubat Perindopril - Perindopril merupakan ubat darah tinggi yang boleh menyebabkan batuk yang berterusan (kronik) di kalangan sesetengah individu, kalau ada orang yang mengadu dorang tak tahan dengan kesan sampingan ubat tu lalu menyebabkan dorang tak makan ubat, so aku kena inform semula doktor yang bagi ubat tu pasal keadaan masalah pesakit, sambil bersedia untuk provide suggestion untuk tukar kepada ubat apa yang sesuai kalau doktor mintak opinion. Ada lagi la senarai tugas lain - kaunseling pasal macam mana cara nak pakai ubat, macam mana cara nak makan ubat tu memang kerja hakiki la, tiap-tiap hari memang benda tu pun aku buat. Macam tu la lebih kurang.

Jadi semalam, ada sorang makcik tua yang datang ke hospital untuk follow up kat klinik pakar. Doktor check balik blood pressure makcik tu kali ni tinggi, pada hal masa follow up beberapa bulan lepas dah elok je. Maka doktor pun refer makcik ni kat pharmacist, suruh buat balik assessment tengok apa masalah dia, nak tau dia tak makan ubat ke, ubat tak cukup ke, atau pun tak jaga makan ke ape. Aku pun buat la assessment, makcik ni datang dengan cucu dia. Bila aku tanya cucu dia, rupanya makcik ni dah sebulan tak makan ubat darah tinggi dia. Aku tanya sebab apa - maka jawapan dia, sebab ubat tak cukup. Okeh, ubat tak cukup..Memang ada masa kalau bekalan sesetengah ubat tu terhad, maka pihak farmasi hospital akan bekalkan untuk tempoh tertentu dulu, selalunya sebulan lepas tu pesakit kena datang balik ke farmasi untuk ambik ubat. Bila ubat tak cukup, dalam kepala aku ada beberapa kemungkinan - samada memang staff farmasi bagi ubat tak cukup, atau pesakit salah makan ubat (contoh kalau ubat sehari makan sebijik tapi dia makan sehari dua bijik, atau sebijik dua kali sehari, memang ah tak cukup ubat tu), tak pun pesakit tu hilangkan ubat dia/ubat dia rosak (ada sekali pesakit datang balik mintak ubat untuk anak dia, padahal ubat dah bagi dah kat dia cukup untuk bekalan tiga bulan. Senang je alasan - botol ubat pecah, anak dia terpecahkan. Satu botol ubat tu = RM 200.). Jadi kali ni bila dia datang untuk ambik ubat semula, aku periksa betul-betul la semua ubat dia - kali ni elok je, semua cukup. Aku pun cakap kat cucu makcik tu - lain kali kalau ubat habis, datang je hospital, kitorang akan tolong la dapatkan ubat semula. Dah start makan ubat mana boleh berenti suka-suka, nanti melarat penyakit tu.

Masa buat assessment, aku check sekali latest biochemistry lab report keadaan fungsi buah pinggang makcik tu. Ada sesetengah ubat yang mana kalau fungsi buah pinggang pesakit dah mula merosot, kuantiti ubat yang diambil tu perlu dikurangkan. Aku check level serum creatinine makcik tu yang paling latest - nampak normal, tapi bila aku banding dengan level masa tiga bulan sebelum tu, nampak ada peningkatan yang significant. (Creatinine - sejenis bahan kimia yang dihasilkan daripada otot badan dan disingkirkan melalui buah pinggang lalu keluar bersama air kencing. Kalau paras creatinine dalam darah seseorang tu tinggi atau meningkat mendadak, ada kemungkinan buah pinggang orang tu ada masalah la). Aku calculate creatinine clearance makcik ni, dalam 30 ml/min. Makcik ni ada makan ubat gastrik - Ranitidine. Ubat Ranitidine ni kalau orang yang creatinine clearance < 50 ml/min dah kena kurangkan sikit kuantiti. So aku pun telefon doktor yang follow up makcik ni, cakap pasal keadaan dia plus recommend untuk adjust dose. Doktor tu setuju, so aku pun bagitau cucu makcik tu, ada perubahan dalam medication regime dia.

Macam tu la lebih kurang kerja aku. Oh ya, ini cerita bila kerja kat bahagian farmasi pesakit luar. Kalau cerita pasal kerja kat cytotoxic drug reconstiution, total parenteral nutrition, farmasi pesakit dalam, farmasi satelit, farmasi pembuatan lain la pulak cerita pasal kerja ni. 

Kalau ko baca ape aku tulis ni, ko faham tak Aiman :P ? Takpela, tak kisah la ko faham ke tak, janji ko belajar rajin2 sebab upsr lepas raya ni. (Aku ingat nak beli Xbox untuk Aiman kalau dia straigh A upsr, tapi macam menggalakkan dia jadi lagha pulak. Benda apa sesuai nak bagi kat budak yang nak masuk form 1? Boleh sape2 bagi cadangan?)

2 comments:

Jac Of Spica said...

set buku encyclopedia

karl said...

thank you, tapi macam cliche sangat.

benda ape yg unique dan cool tapi dalam masa sama bawak faedah & seronok digunakan?

payah jugak nak fikir