05 July 2011

they dont give a fuck

A young woman is dead. I don’t care. You probably don’t care. The police don’t care. The papers don’t care. The punks for the most part don’t care. The only people that care are (I suppose) her parents and (I’m almost certain) the boy accused of murdering her.
–– Lester Bangs

Nancy Spungen, awek kepada Sid Vicious ditemui mati dalam sebuah bilik hotel pada pertengahan Oktober 1978. Sid Vicious, bassist kumpulan Sex Pistol dikaitkan dengan kematian Nancy kerana profile luka tikaman menyerupai kesan pisau milik Sid. Sid malah mengaku, dia menikam Nancy tapi "tak bermaksud nak membunuh dia". Yela tu.

Lester Bang memang betul. Tak ada orang yang peduli pun pasal minah punk mampus kena tikam. Minah punk pada zaman tu setaraf dengan mat rempit zaman sekarang. Siapa pedulik kat orang yang maruah mereka terklasifikasi dalam golongan lebih rendah daripada tapak kasut?

Bukan Nancy dan Sid je berdepan dengan hidup macam tu. Kita pun begitu jugak - kita jadi pembangkang kerajaan, kemudian kita tak pernah dengar penjelasan dari kerajaan. Kita jadi ketua dan pembuat keputusan, tapi kita tak peduli keluhan dan rayuan orang bawah yang mintak belas ehsan. Kita jadi penonton kisah-kisah sedih dalam Bersama Mu, kemudian cukup setengah jam siaran kita pun lupakan cerita tadi. Kita pewaris susur galur keturunan mak ayah kita - tapi sedikit je antara kita yang boleh lakarkan sulur galur waris kerabat kita sebab kita tak peduli, mak ayah kita tak peduli, bahkan nenek moyang kita pun tak peduli.

Bila keadaan macam ni - kita boleh salahkan Tuhan dengan mencipta penemuan gene "pelupa", serupa macam saintis-saintis lain yang menyalahkan Tuhan dengan mendakwa ada gene yang menyebabkan kanser, ada gene yang menyebabkan gay.

Tak mengapa la kalau orang tak ambik kisah pasal kita, atau kita tak ambil kisah pasal orang. Cukuplah sekurang-kurangnya ambil kisah pasal diri sendiri.

3 comments:

Dr. Ben said...

memang kita dicipta sifatnya pelupa...

Orang Akaun said...

self-centered

karl said...

Dr Ben: pelupa, atau buat-buat lupa.

Orang Akaun: memang pun