25 July 2011

Taman Rashidah Utama

Tadi aku berenti isi minyak kapcai aku. Masa menuju ke sebuah stesen minyak, terdengar alunan sayup-sayup lirik lagu yang pernah menusuk kalbu aku, satu masa dulu.

Ku..berjalan di dalam..hujan
Mencari api yang terpadam...

Sampai betul-betul kat tempat pam minyak gema suara yang beralun menggamit sukma terus berkumandang.

Sebagai satu kenangan...
Kuciptakan satu taman..
Rashidah Utama...
Sebuah...kubur cinta...

Aku berjalan di atas aspal simen berlopak air menuju ke kaunter bayaran. Perlahan-lahan aku keluarkan dompet cotton lusuh dari poket seluar kanan, menyelak-nyelak helaian not biru dan merah dalam dompet. Lepas tengok jasad tubuh manusia yang menerima not kertas buat bayaran minyak petrol yang bakal aku sumbatkan ke dalam tangki kapcai yang dahaga minyak, aku tengok..fuiyohhh!!! Semua staf kat dalam stesen minyak, semuanya Cina. Tidak aku ketahui sama ada mereka ini Hokkien, Teochew, Hakka, Foo Chow atau pun komunis, tapi depa semua Cina! Peh, lu olang layan lagu Wings! Aku pun bergegas ke kapcai untuk mengisi tangki yang hampir kosong. Selesai mengisi petrol, aku melihat kuantiti petrol yang baru aku isi. 2 liter. Itulah yang termampu untuk aku beli dengan helaian not biru yang aku berikan pada cashier tadi. Harga petrol rupanya terlalu mahal walaupun aku hidup di sebuah negara pengeluar petrol. Bukankah aneh. Sebagaimana aneh,mistik dan misteri bait-bait madah yang didendang oleh Ayahanda Awie.

Ku..berpijak nyata di sini..
Tak..tercapai bintang di langit
Kusiramkan air mata..
Pada darah cinta...
Sebagai hiasan taman ini...

Guruh berdentum.Hujan jatuh menghempas ke dada bumi,memercik tempias dan gelombang rintihan yang bersatu dengan derap langkah kaki yang melangkah dalam kebasahan. Seketika kemudian berkumandang jeritan dari tali gitar yang di"tap" pada kedudukan chord C Bm dan G Am berserta dentuman dram dan bass seakan menjadi manifestasi klimaks sebuah penderitaan yang bakal sempurna kelak.

Sedang kapcai yang aku tunggang melewati beberapa pam minyak yang lain lantas terus menuju ke arah jalan besar buat meneruskan kembara yang belum sudah, dalam hati aku berbisik,

"Peh,gempak sial tauke stesen minyak ni, Cina tak Cina, lagu Ayahanda Awie pun lu layan."

2 comments:

yanayo said...

cina tu ada kenangan kot ngan lagu tu.. rare.. hehe..

karl said...

:)