23 July 2011

Scene muzik sekarang (II)

Bila dah start baca buku, perkara yang susah nak buat lepas tu ialah menulis. Zaman belajar dulu aku teramatlah ignorant, dah la buku akademik tak baca, study lec notes je (well, undergrad dulu aku punya matlamat asalkan grad cgpa 3.0 above cukup dah,hell memang objektif tercapai pun, lol). Jadi bila makin tua ni rasanya penting untuk aku start over balik tabiat membaca ni sebab from reading we gain knowledge, enough knowledge would gives you better chance to make a proper decision and to think wisely. Makin tua peranan sebagai decision maker tu makin terserlah, so better to equip myself with enough various of knowledge.

Maka alkisahnya pagi ni aku baca la buku pasal Firaun Mesir. Literally. Sambil bukak laptop dan menghadap screen laptop, aku ternampak la beberapa video kat notification's wall. Perihal beberapa kumpulan muzik, kumpulan muzik mungkin agak exaggerated, boy band & girl band la kot. Satu Prince of Pop, satu lagi Gula-Gula. Maka tangan aku pun gatal balik nak menaip, heh.


ni Gula-Gula


ni pulak, Prince of Pop


Sekali lagi bercakap pasal scene muzik Malaysia ni, aku nak bagitau, aku ni Gen Y. But fortunately previous generation which is Gen X banyak meninggalkan cultures yang boleh dijadikan reference pada hari ni. Cultures yang ditinggalkan generasi X ni banyak meninggalkan impak sampai hari ni dan masih jadi ikutan sebahagian besar Gen Y sekarang. Glam rock, hard rock, metal, punk, alternatives music, kebanyakan budaya muzik ni. Kalau di Barat mereka ada Sex Pistol, Ramone, Nirvana, Slayer, Pink Floyd di sini kita ada local culture sendiri yang walaupun berpaksikan influence dari luar tapi saduran budaya kita sendiri agak kuat dalam sesetengah produk. M Nasir, Allahyarham Loloq, Search, Ramli Sarip, Cromok antara yang kuat saduran timur dalam output muzik mereka. Carburetor Dung, The Pilgrim, Cromok, Koffin Kanser, OAG - walaupun berat elemen luar dalam muzik mereka tapi dorang tetap berjaya.

Circa cultures yang wujud tu bercampur baur antara baik dan buruk, positif dan negatif. Despite terdapat perbezaan di antara spektrum culture saduran Timur & jugak culture yang sarat dengan saduran daripada Barat, most of them survive and able to attract significant attention from crowd. Kalau ramai peminat maksudnya, they are doing things right (in context of gaining trust from people la, of course). Berapa ramai antara kita yang rasa selesa untuk ulang berkali-kali lagu ciptaan M Nasir macam Fantasia Bulan Madu,  Isabella, Sejati, atau pun lagu-lagu Ramli Sarip? Begitu jugak berapa ramai hardcore fan yang enjoy bila Butterfinger bawak lagu E, Girl Friday ataupun Chemistry? The point is - the output, or the products which produced by those old timer gives a powerful impact towards their fan. But for me that's good, but not great enough. To bring your little baby to become a magnum opus or masterpiece level, perkara penting ialah apa kebaikan dan impact positif daripada hasil karya seni korang tu? Sebagai contoh, Allahyarham Loloq dalam lirik-lirik beliau banyak mengadunkan vocabulary Bahasa Melayu yang indah dan kadang kala tak pernah diajar pun oleh guru Bahasa Melayu yang mengajar ikut sukatan KBSM. M Nasir dalam lagu-lagu beliau banyak mengetengahkan hal kemanusiaan (dalam album album solo beliau la, zaman dia rock dulu memang la most of the time dia tulis lagu memang untuk bagi kaset dapat jual). Penerapan falsafah dan nilai-nilai baik dalam seni muzik ni, at some point boleh menjadikan karya muzik tu sebagai powerful tool untuk mendidik massa. 

Berbalik kepada persoalan sebenar, iaitu Prince of Pop dan Gula-Gula ni. For me, i've good old times when most of the time i'll simply throw my nasty words and curse these bunch of so called artist. Haha. But for now, here comes my comments. First, for the producer, by simply build up such boy/girl bands like this wont make local scene to become a better industry. Second, what this boy/girl bands are up to? Saje-saje nak tiru K-Pop artis sebab ramai teens yang minat K Pop ke, atau pun saje gila glamour? What are the purposes for u all to initiate such band? Nak kata lagu best, dengar macam tak best pun. Kalau setakat nak main-main better you all stop and focus on other things la, pergi study ke or buat kerja lain. Sebab nak kata korang nak educate people pun tidak, nak hiburkan peminat pun tak, even untuk ceriakan orang pun tak. Kalau nak menyanyi but in the end become a laughable stock, that's not good even for yourself.

Scene muzik sekarang..aduhai..

4 comments:

diyah_Noh said...

byk btol dosa aku kutuk gula2 ni..aku pon tatau camne dia org ni ley wujud (-_-) gila annoying nengok prformance dia org..

karl said...

hahaha..aku tengok page dorang. Moderator yang set up page dorang like page fb Uitm Shah Alam. Budak Uitm ke? Kalau dorang buat band ni as final year project, hmm..macam susah gak nak beri markah tinggi

RastaMat said...

tak layak rasanya nak gelarkan diorang ni band..

scoin jauh lebih baik daripada mereka walaupun scoin cuma naik dengan beberapa buah lagu sahaja tapi masih jelas mereka bermusik, berseni..

tapi dua kumpulan ni??

sumpah aku tak paham kenapa diorang nak wujud kat negara ni..

perosak..

aku takut kanak2 baru nak naik nanti dikaburkan dengan benda2 lembut macam ni..
ibu bapa pasti suka dengan benda2 lembut begini untuk anak2 mereka..
rosak yang tak nampak..
rosak yang lembut..


aku rindu zaman gig yang bebas..

aku rindu zaman busker yang tak disepak terajang oleh majelis bandaraya..

karl said...

haha

we always miss our cheerful moment of the past.

but what's past is past.