26 July 2011

Review novel: Ahmad Al Kebab (Wan Azlan)






Novel ni merupakan salah satu buku yang aku beli semalam.Kenapa semalam beli buku? Sebab semalam gaji masuk . Tersusun di bahagian atas rak buku, stok yang baru sampai sebab minggu lepas tak nampak pun kat Popular Bookstore Sibu. Aku tertarik dengan rekabentuk muka depan novel ni yang berlainan dengan novel-novel sekeliling (typical Malay novel nowadays - kulit depan mesti gambar awek cun,balak hensem, lepas tu cover dengan plastic, wuk aloh..ptuih!). Melihatkan gambar mat afro yang sengal kat kulit depan membuatkan aku tergerak nak ambik dan baca novel ni.

Lepas baca dan preview 2-3 mukasurat aku punya 1st impression, novel ni sempoi. Lawak-lawak serabut tahap rendah yang ditonjolkan penulis menghiburkan, so aku masukkan novel ni dalam monthly buying aku kat Popular.

Secara ringkasnya,Ahmad Al Kebab merupakan Ahmad Albab yang diadun dan digarap semula dengan tambahan idea-idea lawak zaman moden. Berbeza dengan Ahmad Albab yang diarah dan dilakonkan oleh P Ramlee, Ahmad Al Kebab berlawak secara sinis tentang isu-isu semasa, kemelayuan dan kemanusiaan yang tipikal. Kalau Ahmad Albab bermula dengan babak tiga orang kaya Arab berborak di kelab malam, Ahmad Al Kebab membawakan prequel kehidupan Dimanosajo dan juga Sediakawal, datuk dan bapa kepada Ahmad Al Kebab. Dimanosajo, seorang penjual kebab yang bertandang ke Kota Permaisuri, mengahwini Baiduri dan seterusnya melahirkan Sediakawal yang kemudiannya bakal berkahwin dengan Mergastura, anak kepada Sheikh Majnun. Perkembangan di awal novel merupakan karya asli Wan Azlan, manakala perkembangan seterusnya di dalam novel ini menggunakan template plot dari filem Ahmad Albab.

Lawak yang ditonjolkan dalam novel ni mampu menggeletek hati pembaca, dengan syarat pembaca sedia maklum dengan persekitaran Malaysia dan jugak budaya Malaysia ni. Mambank, sebuah bank yang seakan sama nama dengan sebuah bank di Malaysia, perbualan antara pengurus bank Mambank & seorang perempuan Caucasian (serius aku teringat pasal lawak Ang Moh bila baca perbualan tu, kah kah kah) dan juga kisah perempuan yang berkahwin dengan jin selepas mengikut ajaran Ayah Pin..itulah antara ramuan yang menjadikan manuskrip novel ni sebagai sebuah karya yang kelakar.

Walaupun begitu plot dan perincian novel ni ada masa, turut mengusik perasaan pembaca. Pengajaran dan mesej tetap ada, dan harapnya selepas ini Wan Azlan terus berkarya lagi walaupun beliau pasti sibuk berlayar ke serata tempat menaiki kapal. Aku tak pasti sama ada ini novel pertama beliau, tapi kalau ini novel pertama, maka mungkin aku boleh cakap novel ni seolah opening act sebuah konsert yang berkesan dan mengujakan. Dan kepada PTS Litera, cubalah cungkil seramai mungkin penulis yang berpotensi macam Wan Azlan - biar meriah sikit dunia penulisan novel Melayu.

Rating: 8.8/10 <-- kalau tak pakai template Ahmad Albab, maybe boleh bagi lebih sikit

1 comment:

Anonymous said...

Karya pertama beliau ialah Gelak Tergolek, terbitan Kakinovel.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.183913591632880.45200.100000427227920&type=1