24 July 2011

Raja adil raja disembah, raja zalim..?

Aku ni orang Melayu (pure Melayu? Itu susah sikit nak cakap, sebab bila trace balik susur galur keturunan aku bercampur-baur dengan Bugis, Cina Guangzhou, malah kerabat diraja di sebelah pantai Timur Malaya - tapi yang pastinya dalam sijil lahir dan IC bangsa aku Melayu). Melayu ni kaya dengan perumpamaan, peribahasa. Perumpamaan dan peribahasa dalam masyarakat Melayu ni seolah macam falsafah dan prinsip kehidupan sebenarnya. Ironinya, walaupun kaya dengan falsafah, peribahasa2 Melayu ni kebanyakannya jadi sampah sebab orang Melayu ni pandai berfalsafah tapi tak stick pada falsafah yang dorang reka.

Sebagai contoh, macam tajuk entri ni la. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Bermaksud penguasa yang jujur, adil dan amanah sepatutnya dipatuhi oleh rakyat manakala raja yang zalim dan jahat sepatutnya ditentang oleh rakyat. Bunyinya macam suatu prinsip. Tetapi bila diteliti sejarah pemerintahan raja-raja dan sultan Melayu, jarang sekali orang Melayu menentang raja yang zalim. Ada la jugak sekali - sekala, macam Hang Jebat, tapi akhirnya Jebat kalah, dan Tuah menang. Kemenangan Tuah mewakili kemenangan pihak raja.

Keruntuhan moral dan sikap kurang cerdik penguasa Melayu sejak dari zaman dulu memang termaktub dalam sejarah, it's an open secret tapi tak dibincangkan dengan umum. Ketaatan kepada institusi beraja seolah-olah ketaatan Melayu yang paling tinggi - dan atas sebab tu imperialis yang datang ke Tanah Melayu dengan mudah mematahkan penentangan rakyat iaitu dengan menggunakan sultan. Bila Sultan keluar perintah jangan lawan, maka tak melawan la dorang. Walaupun dalam sejarah kita dah terang-terang diberitahu, Raja Abdullah dari Perak bawak masuk British pasal nak jadi Sultan, gaduh dengan kerabat lain pastu sendiri tak boleh settle akhirnya bawak masuk penjajah. Sultan Muhammad Jiwa, bergaduh dengan Siam, lepas tu bagi Pulau Pinang pada Francis Light sebab nak mintak tolong Francis lawan Siam. Padahal Siam - British punya relationship punya la kuat, akhirnya Pulau Pinang jadi koloni British. Sultan Brunei dulu negara dia sebesar-besar Sarawak tu, tapi atas sebab kekurang cerdikan akhirnya Brunei jadi Sarawak, tinggal la secotet kecik wilayah Brunei kat atas peta sampai la zaman sekarang. Ini semua tertulis dalam sejarah, tapi Melayu macam tak peduli pada semua ni dan terus-menerus menumpahkan taat setia kepada Sultan dorang, tak kira Sultan dorang tu jenis macam mana. 





Sultan yang macam ni baru orang respect. 

Zaman moden sekarang pemegang kuasa sebenar akhirnya ialah Perdana Menteri. Sultan masih ada kuasa tapi dah limited. Mitos kekebalan, kedaulatan Sultan sekarang masih ada, tapi kat atas kertas je la. Tapi satu idea yang masih melekat dalam kepala hotak Melayu ni ialah idea tentang kemaksuman pemimpin. Kalau dulu Sultan, sekarang ni pemimpin politik pulak. Orang yang sokong Najib akan bermatian menyokong Najib, tak kira la dia ambik komisen kapal selam ke, dia skandal dengan awek Mongolia ke, yang pasti penyokong hardcore tetap menyokong dan terus menyokong membabi buta. Orang yang sokong Anwar tetap menyokong Anwar, tak kira la dia ni pro Barat ke, opportunis ke, main politik wang ke, semua yang dia buat adalah kebaikan belaka, tak ada langsung ruang dalam kepala hotak penyokong Anwar ni nak berfikir dengan kritis pasal betul salah tuduhan2 yang terlempar kepada Anwar ni. Tak ketinggalan dengan penyokong Tok Guru yang gantung gambar Tok Guru kat rumah, segala benda yang Tok Guru buat adalah betul, kalau Tok Guru terima hadiah itu sedekah tapi kalau orang Umno terima hadiah tu rasuah, yang buat silap bukan Tok Guru tapi orang keliling Tok Guru yang ambil kesempatan. Maka begitulah arena kebengapan dan taklid buta penyokong-penyokong politician kat Malaysia ni.

Kadang-kadang aku rasa macam nak tulis surat kepada DBP supaya padamkan peribahasa "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" tu dalam kamus perbendaharaan Melayu. Sebab benda tu mengarut je. Falsafah tu wujud, tapi jadi bangkai sebab Melayu tu sendiri tak berpegang pada falsafah tu, walaupun falsafah tu betul. 

Harapan di kalangan generasi Y dan net generation? Masih samar-samar. Ruang lingkup kehidupan seharian daripada pengaruh generasi X, sistem pendidikan dan media massa seakan-akan memberi peluang untuk terus mematikan rasionaliti daripada terus berkembang di kalangan rakyat Malaysia sekarang. Peluang untuk membaiki keadaan masih ada, tapi disebabkan kurangnya manusia yang wujud dalam spektrum rasionaliti dan lebih ramai yang wujud dalam spektrum taksub dan fanatik maka 20-30 tahun lagi kita cuma akan melihat generasi penyokong politik yang fanatik, yang provoke memprovoke sepanjang masa, yang menutup ruang fikiran terhadap rasionaliti dan yang menafikan kebenaran. 

Mungkin cukuplah kalau aku mengajar keturunan aku sendiri untuk menjunjung falsafah yang benar dan haq. Mungkin betul apa yang Ah Yap cakap (Ah Yap merupakan blogger yang jadi inspirasi aku untuk menulis blog ), kalau tak mampu ubah orang, ubah diri sendiri.

4 comments:

Lady RaRa said...

bugis, cina guangzhou?

hang mesti hensem kan?

karl said...

tak lah. aku tak hensem.

RastaMat said...

lady rara gatai naa...




rasional sungguh kepala hotak lu..

karl said...

tak rasional pun. cuba tengok label, aku letak under bulshitting. kah3