28 July 2011

Perjuangan

Medan berangan-angan tak sama dengan medan berkata-kata. Medan berkata-kata tak sama dengan medan beramal. Medan beramal tak sama dengan medan perjuangan. Medan perjuangan yang benar tak sama dengan medan perjuangan yang munafik - Anonymous

Bila bercakap soal perjuangan ramai yang mampu berucap berapi-api. 

Tapi bila kita selongkar balik kisah sejarah orang-orang yang berjuang dan istiqamah dalam perjuangan mereka (berjihad), perjalanan orang perjuangan merupakan perjuangan yang penuh dengan duri dan ranjau. Muhammad S.A.W dibaling batu oleh penduduk Thaif sampai habis basah kasut Nabi dengan darah yang mengalir. Pejuang-pejuang kemerdekaan baik di mana pun, sama ada yang Muslim mahu pun yang kafir kalau dibaca sirah hidup mereka maka kita akan jumpa kisah-kisah dipijak, diseksa, dikurung, dibelasah malah dicabut nyawa mereka. Yang benar-benar berjuang akan merasa semua kesengsaraan ni semua - mereka yang hidup sezaman dengan mereka tapi hidup aman damai tak merasa apa pun sama ada terdiri daripada mereka yang bacul, penakut tak pun yang hidup berpura-pura. 

Pejuang yang sebenar berdepan dengan risiko besar kehilangan segala-gala dalam hidup: hilang keluarga, hilang kerja, hilang tempat tinggal, kelaparan, kesakitan. Satu-satunya perkara yang mungkin tak mampu direnggut oleh mereka yang mahu menggagalkan perjuangan mereka ialah iktikad mereka. Selagi mereka mampu bertahan diasak dengan pelbagai tekanan untuk melunturkan iktikad mereka, selagi itulah mereka tetap menang dan itulah yang meletakkan mereka dalam kelompok pejuang yang sebenar.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tak berapa lama pun lagi, marilah sama-sama berharap yang kita semua kukuh dan teguh dengan iktikad masing-masing untuk menundukkan nafsu masing-masing. Mungkin akan rasa sakit bila nafsu dilawan - tapi kemenangan iman dan kekalahan nafsu, bukan ke itu matlamat utama hidup kita?

No comments: