09 July 2011

Pemerhatian

Pemerhatian, atau pun observation merupakan salah satu aktiviti yang biasa dibuat oleh penyelidik bukan saja dalam bidang sains malah dalam bidang2 penyelidikan yang lain jugak. Ok la, statement tadi bias. Aktiviti ni dibuat oleh siapa2 pun dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti memerhati, manusia mengenalpasti masalah dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah.

Aku bagi contoh, sekali lagi, abah aku. Abah aku sorang cikgu PJ, dan di samping bagi bola sebijik kat budak kelas dan kemudian duduk kat padang tengok budak2 berebut bola, dia ade pegang jawatan guru pentadbir kat sekolah. Al kisahnya, sekolah tempat abah aku ni mengajar dulu baru siap pembinaan bangunan asrama. Walaupun dia bukan engineer atau arkitek yang design bangunan asrama tu, ada masa dia tengok2 jugak keadaan asrama tu sebab bila siap nanti asrama tu akan diduduki dengan budak2 sekolah, dan dia tak nak ada masalah nanti yang melibatkan asrama tu yang kemudiannya menyusahkan budak2 dan cikgu sekolah.

Dah siap pembinaan asrama tu, kemudian sampai la masa perasmian dan majlis penyerahan bangunan asrama tu kepada pihak sekolah. Abah aku - dia wakil pihak sekolah dalam majlis tu. Turut datang masa majlis tu kontraktor, jurutera daerah, technician dan ramai lagi la orang.

Macam biasa la dalam majlis, ada ucapan perasmian dan sebagainya. Dah settle semua benda dan majlis nak berakhir, abah aku pun keluar suara.

"Saya harap selepas majlis ni pihak kontraktor dan JKR boleh datang tengok semula bangunan asrama ni dan selesaikan beberapa masalah dalam bangunan asrama tu. Bangunan tu tak sempurna sepenuhnya lagi,"

Tiba-tiba jurutera daerah naik angin satu badan, seolah-olah macam ada mat rempit baru ludah muka dia.

"Apa ni cikgu? Hari ni majlis penyerahan bangunan dah, apa maksud cikgu bangunan tu tak sempurna lagi?" jurutera tu tinggikan suara, actually dia tengking abah aku.

"Iye la, dah bangunan tu bermasalah, dengan sistem pemadam kebakaran tak berfungsi, siling pecah-pecah bersepah, macam ni nak serah bangunan pada pihak sekolah?" Abah aku, yang garang jugak, meninggikan suara.

"Mana cikgu tau sistem kebakaran tu tak berfungsi? Cikgu belajar dari mana?" Tu dia. Orang dalam dewan dah cuak masing2.

"Memang saya tak belajar engineering pun. Saya tengok ikut pemerhatian saya je. Kalau LED kat sistem monitoring kebakaran tu tak menyala, padahal elektrik dah ada, tak berfungsi la tu. Lepas tu pili bomba tu, bila dah pulas dah bukak pili tapi air tak keluar, apa lagi, tak berfungsi la tu," Abah aku menyergah balik. Lol.

"Macam mana penilaian awak, sistem pemadam kebakaran bangunan tu ok ke tak?" Jurutera daerah tu tanya kat sorang technician JKR.

"Memang betul tuan, ada masalah dengan sistem pemadam kebakaran bangunan asrama tu tak berfungsi baik," technician tu, mengaku.

"APA?? @)#(U(#*(#@(  *#U@U(@!(*#*#^*#@!!" Jurutera tu menyergah technician dan kontraktor. Lama jugak la. Kah kah kah.

"Kalau sekarang ni baru nak marah-marah takde guna. Lepas ni baik kita semua tengok keseluruhan bangunan ni, selesaikan masalah yang tak selesai," Abah aku cakap.

Jadi, the point is - cara kita memerhati sesuatu keadaan tu penting untuk selesaikan masalah. Tak semestinya korang kena ade sijil tertentu untuk identify problems, nak kenalpasti masalah cukup dengan memerhati dan berfikir sikit.

No comments: