06 July 2011

An Nas Al Marhaen

Aku cukup anti dengan perangai Mat Indon. Terutama bila membabitkan perangai Indon yang merempat kat forum-forum Malaysia, lepas tu provoke tak habis2. Cilake sungguh, macam beruk!  Padahal ramai je Indon yang datang sini cari makan, lepas tu yang duduk kat sana terutama di kalangan rakyat menengah atas jadi keyboard warrior. Rasa nak sula je sekor2 dengan buluh runcing. Bila baca berita bendera Malaysia kena bakar, kedutaan Malaysia kena lempar dengan taik, anak dara Melayu kena bawak lari ke Lombok memang hati aku panas. Darah menyirap ke kepala.

Kadang2 bila dah tumbuh tanduk, ade masa aku buat fake profile facebook untuk join group2 facebook Mat Indon lepas tu pergi bakar dorang. Dorang sangat senang untuk diprovoke, memang seronok tengok replies dorang, tak ubah macam beruk kena sumbat jubo dengan lada, kah kah kah. Banyak kali jugak la aku buat facebook palsu untuk bagi dorang panas.

Kat tempat kerja aku pulak - sekarang attachment aku kat wad hospital. Macam-macam patient aku jumpa, kebanyakannya Iban, Melanau, Melayu, Cina. Dijadikan cerita masuk la sorang pesakit, yang jugak Mat Indon. Cis! Datang hospital pulak,tau tak berapa punya mahal rakyat Malaysia bayar cukai untuk kemudahan hospital nih? Tapi kerja beb, dan atas sebab kerja, aku pun buat kerja aku. Pertama sekali - retrieve medication history dari patient, tengok patient ade ambik ubat-ubat untuk jangka masa panjang, then detect kot2 dorang ade masalah dengan ubat dorang.

Aku pergi kat katil mamat tu, tengok dia tengah baring rehat, separuh tidur. Kulit dia hitam legam, kalau sekali pandang mungkin korang akan ingat mamat ni datang dari Tamil Nadu. Aku tengok kerja dia, buruh ladang rupanya. Tengok pulak ape masalah yang buat mamat ni masuk hospital. AGE, with dehydration. Tengah review case note dia pun macam sedar-sedar sikit.

"Faham tak kalau saya cakap Melayu?" aku tanya dia. Dia cakap dia boleh faham.

Selalunya perkara kedua atau pertama yang aku tanya kat pesakit, hari ni dah makan ubat belum? Aku tanya macam tu sebab memang kerja aku deal pasal ubat, bukan sebab menganjing ok! Tapi memandangkan aku tengok medication dia takde ubat makan, just injection Ranitidine & oral rehydration salt, aku pun tanya benda lain.

"Badan macam mana, ada panas lagi tak? Demam tak hari ni?" Kemudian dia cakap, panas, tapi tak teruk sangat la, yang teruknya dia still cirit birit. Aku pun tanya lagi, tau tak nanti kalau lepas cirit birit, campurkan air masak + oral rehydration salt, dia cakap dia tau. Kemudian berlanjutan la dengan beberapa soalan lagi - ade makan ubat-ubat jamu ke ape yang beli merata kat luar, ade makan ubat-ubat dari hospital ke tak. Dia cakap takde. So aku pun tulis la borang Clinical Pharmacy 1, tulis pasal finding from interview dengan patient nih.

Tak tau kenapa, masa aku interview mamat ni aku tak rasa macam nak sepak dia macam aku nak sepak keyboard warrior Indon kat dalam internet. Aku banyak tengok fizikal dia. Mata dia nampak lemah dan letih - mata manusia yang bekerja keras untuk cari nafkah tiap2 hari. Kulit tangan, kaki dia nampak keras, mengelupas dan merekah, tanda2 yang mamat ni bukan jenis yang duduk rumah main facebook atau main Ipod touch. Tangan, kaki, kulit dan wajah kerut mamat ni membuktikan mamat ni golongan marhain. Dan identiti mamat ni sebagai Indon mengingatkan aku, mamat ni macam aku jugak, beribu batu dari family kat kampung. Family dia tau tak dia ni sakit sampai masuk hospital? Hilang, takde rasa terbakar atau bengang pun pada aku masa jalankan kerja aku walaupun mamat ni datang dari negara yang rakyat dorang selalu bikin aku panas. 

Aku akhirnya belajar sesuatu - aku & dia sama je. Masing-masing manusia.

2 comments:

diyah_Noh said...

Aku pun sependapat ngan ko..aku memang nyampah kaum depa ni..+_+

tapi sebab entri ni..aku blaja sesuatu gak:
aku & dia sama je: masing2 manusia. rasa teruk plak diri ni :( *mood: muhasabah diri*

thanks..aku suka sgt entri ni

karl said...

humanity..across patriotism boundaries

*atau mungkin lg tepat, ganas2 pun, dalam hati ade taman kah kah kah