01 July 2011

Book Review: Dunia Tanpa Tirai






Dunia Tanpa Tirai merupakan himpunan tulisan esei sosiopolitik Syed Mohd Zakir di dalam tabloid Mingguan Wasilah. Artikel pertama bertarikh 17-23 Febuari 2008 artikel dan penutup tidak bertarikh, bertajuk Manik Urai dan Teoh Beng Hock.

Sebenarnya ini kali pertama aku baca tulisan SM Zakir ni, dan baru aku tau dia ni anak kepada Allahyarham Sasterawan Negara Dr S. Othman Kelantan. Rasanya macam pernah je aku baca sajak tulisan SM Zakir ni masa belajar KOMSAS kat sekolah menengah dulu, cuma aku betul2 lupa tajuk sajak tu. 

Cara penulisan dan kritikan terhadap isu sosiopolitik oleh SM Zakir ni memperlihatkan ciri-ciri penulisan yang matang dan jujur. Jarang sangat kita nak jumpa orang yang memerhati dan memberikan pendapat yang tak berat sebelah kalau berkait dengan isu politik ni. Kalau melalui blogroll, selalunya isu berkait dengan kritikan politik yang aku selalu baca ialah tulisan daripada Tukar Tiub, Nobisha atau Mohd Sayuti Omar. Tukar Tiub sarat dengan kritikan offensive dan kadang2 berbaur racist, Nobisha dan Mohd Sayuti Omar masing2 pulak mewakili BN dan PAS - tulisan mereka matang, cuma macam biasa la, Nobisha pro BN dan Sayuti Omar pulak pro PAS, approve komen yang menyebelahi pendapat dia (kadang2 kalau komen tu bodoh sangat dia approve jugak, nak tunjuk demokrasi la konon) dan kadang kala bila mood tak baik teruk jugak la orang yang dia geram tu kena hentam dalam tulisan dia, hahaha.

Bila membaca Dunia Tanpa Tirai ni, kita dapat rasa kejujuran ulasan penulis buku ni. Mungkin disebabkan latar belakang penulis yang banyak melibatkan diri dalam dunia sastera berbanding politik. Segala kritikan dalam buku ni tidak tertumpu kepada pembangkang atau kerajaan je - apa2 tindakan yang kurang cerdik daripada mana-mana pihak dikritik dengan adil. Senang cerita - tulisan artikel-artikel beliau is all based on rational. Jadi dalam keadaan komuniti anak-anak muda yang terpecah kepada golongan pro pembangkang (contoh: Pemuda PAS, PKR) dan pro kerajaan (contoh prokerajaan - MPP UiTM, hahaha), jadi buku ni sepatutnya jadi bacaan wajib budak2 baru nak naik dan baru kenal arena politik tanah air ni.

Rasa lega bila terbeli dan terbaca buku ni - sekurang-kurangnya masih ada rakyat Malaysia ni yang conscious dan melihat suasana sekitar dengan hati yang bersih macam Yazirobel (kalau korang tak baca komik Dragon Ball korang takkan faham maksud ayat aku ni. Padan muka korang, haha). Jadi aku sangat-sangat menggalakkan supaya korang yang baca blog aku ni, beli la sebijik buku ni. Cuma macam biasa, walaupun pendapat aku buku ni bagus, aku tetap sarankan supaya korang mencabar balik idea-idea dan pendapat dalam buku ni - tanya diri sendiri betul atau tak apa yang SM Zakir ni tulis - jangan jadi zombie yang mengangguk memanjang, kalau korang tak nak dijadikan modal oleh brader Mamat Khalid untuk dijadikan bahan gelak dalam filem beliau.

No comments: