09 July 2011

Bersih dan kebersihan pilihanraya

Catatan epilog.

Perhimpunan Bersih kali kedua pada tahun ni memperlihatkan penglibatan peserta yang cukup ramai. Aku yang memerhati daripada jauh ni, sekadar melihat beberapa foto, aku berani cakap paling kurang mesti 50 000 orang join perhimpunan kali ni. Exact figure - susah la nak tau.

Anyway perhimpunan Bersih ni walaupun mengajukan tuntutan yang kelihatan menyeru ke arah proses pilihanraya yang adil, kelihatan tulang belakang di sebalik pergerakan ni banyak ditunjangi oleh pihak parti politik Barisan Alternatif. Tuntutan-tuntutan Bersih sebenarnya secara jelas dan sinis adalah berbentuk tuduhan terhadap pihak kerajaan BN dan SPR, yang mana kedua-dua pihak ni bersekongkol dalam mengkhianati keadilan proses pilihanraya dalam negara ni. Jadi semua tuntutan Bersih tu kelihatan sebagai tuntutan pro Barisan Alternatif, bukan pro rakyat.

Walaupun begitu dengan jumlah penyertaan yang ramai menunjukkan, secara kasarnya, ramai yang bersetuju dengan tuntutan - tuntutan Bersih tu. Bermaksud ramai yang percaya tuntutan-tuntutan tu perlu dipenuhi kerana sememangnya proses pilihan raya di Malaysia dianggap tak bersih. Soalnya betul ke begitu? Betul ke pilihanraya dalam Malaysia ni selama ni kotor dan tak bersih?

Sebenarnya bagi aku sendiri - ketelusan pihak SPR berkait rapat dengan siapa yang jadi pemimpin, atau siapa yang jadi Perdana Menteri. Tahun 1969 Parti Perikatan, yang merupakan pre cursor Barisan Nasional sekarang menang tipis dalam pilihanraya. Sebabnya - waktu tu Perdana Menteri Malaysia merupakan Tunku Abdul Rahman - the happiest Prime Minister in world. Sesiapa yang belajar sejarah sepatutnya tahu Tunku bukannya seorang pemerintah yang tegas, dia seorang anak raja yang dipilih untuk menjadi Perdana Menteri kerana pada waktu ambang kemerdekaan ketika dulu orang Melayu masih ramai di Malaysia, dan Melayu taat kepada Raja Melayu - walau sebobrok mana pun raja tu. Sewaktu Tunku memegang Malaysia, Malaysia pertama kali kehilangan wilayahnya ke tangan Lee Kuan Yew, seorang cauvinist dan ultra Chinese dari Singapura. Lihat pula pada zaman Mahathir Mohamad yang terkenal dengan sikap tegas dan tak bertolak ansur dalam memastikan kuasa dapat dipegang sepenuhnya. Semasa pemerintahan Mahathir, BN berjaya mengaut undi yang lumayan di atas beberapa faktor. Pertama, sebab adanya figure2 yang popular di kalangan golongan menengah atas yang dulunya popular di kalangan anak muda di awal zaman kebangkitan mahasiswa pada awal tahun 1970an. Figure yang paling kuat dah tentunya Anwar Ibrahim. Selepas pemecatan Anwar Ibrahim, sokongan terhadap BN merosot kerana membuang Anwar beerti membuang semua pengikut Anwar yang berkepentingan terhadap Anwar - ini dapat dilihat melalui penubuhan parti PKR. Sokongan rakyat terhadap BN dipaksakan melalui aktiviti SB yang giat mengancam individu yang menolak BN, ancaman terhadap kakitangan kerajaan supaya tidak berpihak kepada barisan alternatif dan juga penggunaan ISA sebagai langkah untuk menakutkan rakyat.

Suasana politik berubah bila Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Ahmad Badawi merupakan tokoh yang kurang menonjol malah kurang karisma. Sikap anak menantu yang campur tangan secara keterlaluan, ditambah pula dengan sikap beliau yang tak sekeras Mahathir dalam usaha nak mempertahankan kuasa, malah mengenakan pulak Mahathir dengan menubuhkan suruhanjaya diraja berkaitan salah laku beliau semasa menjadi Perdana Menteri  menjadi faktor kepada perubahan iklim politik pada zaman beliau. Rakyat yang dulunya tertekan dan takut dengan segala ancaman Mahathir, mula perlahan-lahan bangkit mempertikaikan kewibawaan kerajaan. Pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara membawa satu lagi bencana kepada BN. Kekuatan Barisan Alternatif berganda apabila Anwar dibebaskan. Mahathir yang mewariskan jawatan Perdana Menteri kepada Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pula berkempen di pentas pembangkang untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana tersinggung dengan Abdullah Badawi yang mengenakan beliau dengan menubuhkan suruhanjaya diraja kes video VK Lingam. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang mula merosot - kenaikan minyak yang ketara, kena lagi dengan kurangnya ketegasan dalam membanteras lawan politik, akhirnya Abdullah Badawi mengundur diri daripada politik tanda akur dengan kelemahan beliau.

Pendek kata, Barisan Alternatif menang 5 negeri pada PRU 12 kerana pemerintah pada masa tu tak sekeras Mahathir yang menggunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa. 

Sekarang Malaysia dipimpin oleh Najib Razak, Perdana Menteri yang diejek oleh masyarakat dan rakyat dengan isu Rosmah Mansor, Altantuya dan kapal selam. Setakat ini Najib masih gagal memperlihatkan karisma seperti Allahyarham Tun  Razak yang berjaya merampas takhta daripada Tunku Rahman. Bagaimana keputusan pilihanraya ke 13 nanti? Rasanya kalau Najib Razak berfikir macam apa yang aku fikir, dah tentu dia akan berfikir sama ada dia perlu menjadi seperti Abdullah Badawi atau jadi macam Mahathir. Lebih kompleks lagi, masalah yang membelenggu beliau sendiri ditambah pula dengan rakyat yang berpecah kepada spektrum yang hampir sama berat - menyokong dan menolak beliau, rasanya sukar untuk dia tidur malam kerana memikirkan hal kelangsungan karier beliau. Lainlah kalau beliau memilih untuk jadi macam Hosni Mubarak.

p/s Esei politik ..yang aku rasa paling jujur pernah aku tulis. Peace

5 comments:

RepublicAku said...

jujur yang kelam ...keh3!

karl said...

haha. terpulang la. tapi ini analisis aku sendiri - mungkin orang lain ada analisis yg lebih baik

diyah_Noh said...

heee..setuju ngan republicAku..jujur yg kelam.. er...ko mcm refuse to elaborate more je...

neway..byk similarities ape yg ko pk & aku pk :D

Polis Karma said...

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
Kuasa pun seolah menjadi hartanya

A. Samad Said

Zulfikar Hazri said...

errm, perlu lebih jujur.