02 June 2011

Selamat menyambut Rejab

Esok bermulanya bulan Rejab dalam kalendar Hijrah. Rejab akan beranjak ke Syaaban. Syaaban akan beranjak ke Ramadhan, seterusnya Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Kemudian kitaran bermula semula dengan Muharram. 

Umat Islam tak menyambut Rejab macam mereka menyambut Ramadhan, Syawal, Zulhijjah atau pun Muharram. Sebenarnya, tak ade ape pun yang nak diraikan. Cuma sekadar mengingatkan diri sendiri, masa berlalu terlalu pantas. Bermulanya Rejab bermaksud bermulanya fasa kedua dalam tahun Islam. Maksudnya dah 6 bulan berlalu sejak awal Muharram. Kalau ada yang berhajat, bercita-cita, berazam atau berjanji pada diri sendiri mahupun pada sesiapa pun pada awal Muharram dulu - sepatutnya janji tu dah terlaksana sekurang-kurangnya separuh.

Sambutlah Rejab dengan kesyukuran selepas diberi peluang melepasi 6 bulan yang dah berlalu. Dan berdoalah agar masa-masa yang akan datang dapat ditempuh dengan kesabaran.

5 comments:

diyah_Noh said...

pantas betul masa :(
thanks ye en naim..buat post ni..peringatan tuk diri aku..

diyah_Noh said...

pantas betul masa :(
thanks ye en naim..buat post ni..peringatan tuk diri aku..

karl said...

baru perasan. ko suka komen entri yg aku tulis pakai ayat skema eh? hahaha

random posting je Naoh, aku xde kawan nk ajak membebel. btw welcome :D

aliaaroslan said...

jom puasa rejab. boleh prektis untuk ramadhan.

karl said...

kak Alia: insha Allah, :D