18 June 2011

Review novel: Dendam (Afifuddin Omar)



Ni kali pertama aku baca novel keluaran Fixi. Sejak permulaan suku pertama tahun ni dah berlegar di ruang internet pasal novel keluaran Fixi yang dikatakan terkeluar daripada format-format novel penulis muda yang lain - dan ramai pembaca-pembaca meminati novel terbitan dorang. Setakat ni dah ada lima novel diterbitkan oleh syarikat ni iaitu Pecah, Kougar, Cekik, Kasino dan Dendam

Walaupun aku ni generasi Y, tapi awal hidup aku banyak bermula dengan pembacaan cerpen2 tulisan Baharudin CD dan Shahnon Ahmad, novel-novel macam Salina, Daerah Zeni, Mereka Yang Tertewas, Senjakala - banyak novel era abad ke 20. Pengalaman membaca novel tulisan generasi Y ni aku takde pengalaman jadi timbul ragu-ragu sebenarnya nak invest duit dan beli novel tulisan dorang. Even novel Ramli Awang Murshid pun aku tak pernah baca (actually aku pernah buat fast reading novel dia yang bertajuk Mandatori, novel tu reasonably good tapi takde la excited sangat baca). Ditambah pulak dengan tajuk-tajuk novel yang terlalu jiwang + penggunaan model yang melampau kat muka novel, menyebabkan aku tak tergerak nak baca dan beli novel macam tu.

Kenapa aku beli novel Dendam ni? Pertama sekali sebab nak give a try to read novel yang dikeluarkan oleh Fixi yang popular tu, dan kedua sebab tajuk asal novel ni ialah Dialektika. Tapi penulis novel ni, Datuk Dr Afifuddin Omar menjelaskan tajuk Dendam digunakan atas alasan for commercial purpose (sebenarnya mungkin sebab mentaliti & tahap intelek di kalangan pembaca novel kat Malaysia menyebabkan tajuk tu tak sesuai untuk pasaran yang lebih luas, hahaha). Sebab tu dipermulaan novel tu diberikan penjelasan berkenaan maksud dan contoh dialektika. Dialektika  bermaksud satu proses mencari kebenaran dengan kaedah membahaskan teori - teori logik yang mungkin bertentangan antara satu sama lain. Sebagai contoh:

Hukum qisas: Nyawa dibalas dengan nyawa. Kalau seorang lelaki membunuh lelaki yang lain, maka balasan kisanya ialah orang yang membunuh tu mesti dihukum bunuh.

Jadi sekarang, ambil contoh kucing dan anak ayam. Kucing ni pemangsa, dan membunuh anak ayam untuk dijadikan makanan. Perlu tak kucing tu dibunuh, sebab kalau ikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh?

Jadi itulah ceritanya, isu yang nak diutarakan oleh penulis ni. Cuma dalam novel ni bukan la setakat berkisar pasal kucing dan anak ayam. Kisah novel ni berkenaan watak yang bernama Khalil Gibran, yang berjaya dalam hidup dengan motivasi gelap (dark motivation) iaitu dendam. Tapi bila sampai satu tahap bila dia tersentuh dengan kasih sayang dan layanan baik daripada orang lain, dendam tu beransur hilang, tapi dalam masa yang sama persekitaran dan dugaaan hidup di sekeliling membuatkan Khalil ni terumbang ambing di antara personaliti Jekyll dan Hyde.

Bahasa dalam novel ni pada awalnya bersemangat muda. Jarang novel Melayu nak pakai perkataan "melancapkan" atau pun "konek". Jadi permulaan cerita agak exciting, tapi selepas tu bahasa macam tu mula hilang megendur. Yang menghidupkan perjalanan novel ni ialah sinikal-sinikal berkenaan isu semasa yang dijelmakan semula dalam bentuk fiksyen. Macam - macam la - daripada isu salahguna kuasa, rasuah, soal siasat polis yang melampau, seks, politik dan sebagainya dalam bentuk fiksyen tapi diolah daripada open secret dalam masyarakat Malaysia ni. Itu yang menyeronokkan, sedikit sebanyak mengingatkan tentang gaya penulisan Salman Rushdie dan dalam masa yang sama mesej dan sindiran terhadap masyarakat turut disampaikan oleh penulis, bukan setakat pasal isu semasa malah berkenaan isu kekeluargaan.

Pemilihan isu dan persoalan dalam novel ni menjadikan Dendam sebagai novel yang berbaloi dengan harganya. Berkenaan gaya bahasa pulak, simple je. Mungkin untuk mendekatkan novel ni dengan generasi muda kot, terutama budak2 remaja. Mungkin zaman sekarang penulis novel dah tak seghairah A Samad Said bermain bahasa macam novel Daerah Zeni, tapi takpela, bahasa yang bersahaja pun dah memadai.

Rating: 8.5/10

No comments: