10 June 2011

rebel

Tiba-tiba aku teringat email lama aku yang dah bertahun tak bukak. Lepas tu aku terjumpa sent mail yang kat bawah ni. Alkisahnya, aku jadi panas bila moderator internet kat resident college block fail sharing & jugak radio streaming, jadi aku pun hantar la email ni. Bila baca balik, macam lawak pun ade jugak. Hahaha

To:
postmaster@salam.uitm.edu.my
 
Berkenaan dengan tindakan pihak tuan menyekat akses kami kepada beberapa laman web, saya berasa sangat terharu kerana pihak tuan sangat prihatin terhadap kami. Walaupun kami telah yuran kolej untuk menikmati segala kemudahan yang ada di sini, termasuk kemudahan internet, pihak tuan telah berusaha untuk memastikan kami menuntut ilmu dengan tenang tanpa sebarang gangguan laman web lucah, laman web sosial seperti friendster, facebook, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ingin saya ingatkan bahawa kita sudah melangkau tahun 2009, ada 11 tahun lagi sebelum tahun 2020. Laman web seperti facebook bukan sahaja digunakan bersosial, tetapi turut digunakan sebagai medium penyebaran maklumat antara pelajar. Begitu juga dengan laman web simpanan peribadi seperti 4shared, mediafire, savefile yang kami gunakan untuk perkongsian fail. Pendek kata internet boleh memudaratkan, dan juga membawa manfaat. Bergantung kepada cara penggunaannya.

Oleh yang demikian, saya berharap pihak tuan untuk mempertimbangkan agar sekatan terhadap beberapa laman web dikaji semula. Saya berharap pihak tuan tidak membabi buta menyekat akses terhadap laman web. Saya boleh menerima sekatan tersebut sekiranya saya tinggal di sebuah negara komunis, akan tetapi kita berdua masing-masing hidup di sebuah negara demokrasi yang berbilang kaum. Janganlah hendaknya kami disini diperlakukan seperti zaman Jepun, sampai nak dengar radio pun tak boleh.

Sekian, terima kasih sekiranya encik postmaster membaca emel saya.

4 comments:

Dexter Morgan said...

huhu... boleh bayangkan ketakpuasan hati kau masa tu. jiwa student memang jiwa rebel, lagi2 benda yg simple macam ni pihak kolej sengaja nak susahkan. smpai skrg bila baca blog student, isu2 tak puas hati ni tak penah reda cuma topik berubah-ubah

karl said...

rebel sorang diri tak membawa makna. Macam semut, kalau seekor kena lenyek mudah2 je. Kalau sesarang, 100 sarang, baru ada kesan.

Nur Yana said...

haha.. tatabahasa ko tunggang langgang aku rasa.. n email rebel ko nieh nmpk comel.. sakit perut.. kih3x

karl said...

lepas hantar emel ni, dorang unblock sekejap. lepas tu tak lama pastu block balik =.='