13 June 2011

Pembunuh profesional

Mayat beliau ditemui mati akibat serangan jantung di bilik hotel. Polis mengesahkan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kereta mangsa secara tiba-tiba memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian.



Aku rasa contoh-contoh petikan berita kat atas merupakan berita kematian yang cliche. Biasa sangat dah dengar. Pernah korang terfikir tak tiap kali keluar berita macam tu - kemungkinan apa yang jadi dah dirancang?

Pembunuh professional merupakan orang yang diupah untuk melakukan pembunuhan, secara terancang dan selalunya untuk mengelakkan kematian mangsa sasaran tu dikaitkan secara langsung dengan orang yang mengupah pembunuhan tu. Berlainan dengan versi Hollywood macam filem Replacement Killer atau Mr & Mrs Smith, dalam dunia realiti pembunuh profesional bekerja di dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 8 hingga 10 orang. Kumpulan ni selalunya turut terdiri daripada perempuan dan kanak-kanak sebagai sebahagian usaha untuk mengelakkan mangsa merasa curiga dengan kehadiran pembunuh-pembunuh terbabit.

Melalui temu ramah seorang jurnalis bersama seorang pembunuh upahan yang berasal dari Korea Selatan, pembunuhan secara profesional selalunya dilakukan agar menyerupai kemalangan.

Kaedah pembunuhan secara profesional yang paling biasa ialah dengan mematahkan leher mangsa yang boleh mengakibatkan kematian serta-merta pada kebiasaannya.

Kebanyakan mangsa dibunuh ketika mereka berada dalam keadaan tenang dan mudah ditewaskan: selalunya ketika mereka berehat di tab mandi atau tidur di rumah. Kematian mereka akan dirancang agar kelihatan seperti serangan jantung atau strok. Kadang kala ubat atau dadah tertentu digunakan untuk merangsang serangan jantung atau strok.
Sekiranya mangsa merupakan wanita, mereka selalunya diracun dengan dadah ketika mereka berada di luar rumah supaya mangsa akan mati di rumah mereka. Kanak-kanak biasanya dibunuh dengan melemaskan mereka dengan bantal.

Dalam kes di mana pembunuhan dilakukan di tempat awam, pembunuh akan menggunakan apa saja alat yang terdapat di sekeliling.

Salah satu kaedah pembunuhan yang biasa dilakukan, selalunya di negara Asia Timur seperti Korea dan Jepun ialah dengan menikam mangsa di hidung menggunakan chopstick pakai buang. Pembunuh profesional juga boleh memanipulasi bahan seperti sehelai kertas untuk mengelar leher mangsa.

 Kematian bekas Presiden Roh My Hun didakwa merupakan angkara kumpulan pembunuh profesional kerajaan Korea Selatan - atas alasan beliau berhasrat membubarkan kumpulan pembunuh profesional tersebut. Rancangan pembunuhan beliau dikatakan dirancang setahun sebelum tarikh kematian beliau.

Dalam kes yang lebih ekstrem, mangsa akan dibunuh secara kejam sebagai amaran kepada ahli politik/kewangan/pegawai tentera/jurnalis elit. Sebagai contoh, penggubal undang-undang Kouki Ishi, ditikam dengan pedang Samurai di hadapan rumahnya sendiri pada tahun 2002. Walaupun pembunuh tersebut mengaku bertindak secara bersendirian, dan walaupun hakim yang menghakimi kes tersebut berpendapat pembunuh tersebut tidak bertindak sendirian, polis bertindak menutup kes dan enggan menyiasat secara lanjut kematian beliau. Ishii dibunuh kerana beliau didakwa bakal mendedahkan maklumat berkenaan Parlimen Jepun yang boleh mengancam kestabilan politik Jepun.Ishii dikatakan mendedahkan beberapa maklumat rahsia kepada Perdana Menteri Jepun yang berkuasa sekarang iaitu Naoto Kan,  tetapi Naoto enggan mendedahkan maklumat tersebut kepada umum. Dalam erti kata lain, Naoto Kan berkemungkinan turut bersubahat dalam pembunuhan Ishii.

Dalam satu temu ramah lain oleh journalis yang sama dengan ketua pembunuh profesional CIA, beliau mengesahkan taktik pembunuhan yang diterangkan oleh pembunuh profesional Korea Selatan tersebut hampir sama dengan taktik yang digunakan CIA. Dunia pembunuh profesional adalah kecil dan kebanyakan kumpulan pembunuh profesional kenal antara satu sama lain.

2 comments:

Orang Akaun said...

Dunia pembunuh profesional adalah kecil dan kebanyakan kumpulan pembunuh profesional kenal antara satu sama lain.

ada kelab kot?

Noah Syakirin said...

underground