16 June 2011

Nyanyilah Dulu!

Aku ingatkan Akademi Fantasia dan Mentor tu budaya hiburan baru - terutamanya di kalangan Melayu la. Orang Melayu ni bab berhibur memang kalah bangsa lain. Cuba tengok video rancangan Bakat TV dalam channel Youtube Abang Jebat kat bawah ni



Zaman 70-an lagi dah acara pertandingan menyanyi dalam tv ni dah ada. Cuma sekarang unsur komersil dan kapitalis tu makin ketara - dulu takde undi SMS, sekarang sebab teknologi tu dah berkembang jadi format pun lain la sikit zaman sekarang,

Seni tu indah - seni tu yang menjadikan manusia tu ada nilai kemanusiaan. Tapi orang zaman sekarang menggunakan seni untuk cari makan, untuk ego dan untuk jatuh-menjatuhkan. Walaupun seni tu ekspresi, tapi ekspresi yang keterlaluan sampai boleh bawak bala tu tak patut la. Kan bagus kalau digunakan anugerah Tuhan ni ke arah menjadikan manusia bertambah baik.

p/s Teringat zaman aku 1st sem kat universiti dulu. Zaman Mawi putus tunang dengan Diana Naim. RTM siap boleh buat rancangan bagi dua2 makhluk Allah tu jumpa depan2 + provoke dorang luahkan perasaan depan orang ramai, penonton seluruh Malaysia. Sampai tahap tu manusia sanggup perdagang maruah orang, rating iklan punya pasal.

No comments: