17 June 2011

Muslim

Siapa lagi nak bela orang Islam, kalau bukan orang Islam sendiri.

Pernah dengar ayat macam tu? Baca cerita pendek kat bawah ni. Benda yang aku tengok depan mata kepala aku sendiri melalui saluran tv free no 1 Malaysia - TV3suku.

Persidangan pagi kat Dewan Rakyat. Sesi soal jawab bersama menteri. Tapi selalunya bukan menteri pun yang jawab, selalunya sama ada timbalan menteri atau pun setiausaha kementerian.

Seorang timbalan menteri, bukan beragama Islam, menjawab, atau pun memberi penjelasan tentang suatu isu. (dialog aku tulis lebih kurang la, tapi aku tak ubah konteks dialog dorang).

"Buat masa ini terdapat 2 orang rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Teluk Guantanamo. Pihak kementerian masih dalam rundingan bersama pihak Amerika agar membolehkan mereka sama ada diekstradisi, dibebaskan sekiranya tiada bukti atau pun dibicarakan sekiranya terdapat bukti kesalahan yang mereka lakukan," Timbalan Menteri memberi penjelasan.

Kemudian bangun seorang ahli parlimen, beragama Islam bangun mengemukakan soalan tambahan.

"Apakah perlu pihak kerajaan menjalankan rundingan untuk membebaskan rakyat kita yang ditahan di Kem Guantanamo sedangkan mereka telah dianggap sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat? Nanti ada kemungkinan hubungan dua-hala Malaysia Amerika boleh terjejas,"

Timbalan Menteri yang bukan Islam tu pun menjawab,

"Mereka (rakyat Malaysia) ditahan atas sebab disyaki, dan belum ada pendakwaan ataupun bukti yang mereka melakukan keganasan. Oleh itu mereka belum bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah," jelas timbalan menteri tu.

Melayu Islam ni, rupanya satu bangsa yang amat pelik. Tabiat macam haruan. Mungkin ada masa nanti aku bercerita pasal haruan dan Melayu.

No comments: