22 June 2011

Ini..ini..BODOH!

Kamu wartakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tapi bila orang bukan agama kamu nak gunakan bahasa tu sebagai bahasa perantaraan dengan Tuhan mereka, kamu menentang.

Ini..ini..BODOH!

Kamu gunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kemudian kamu tak berusaha untuk bantu anak2 yang tak pandai bahasa Inggeris untuk jadi pandai. Kamu sedar bahasa Inggeris digunakan dalam journal, kitab-kitab agung di kutub khanah tapi kamu menyalahkan kerajaan atas kebebalan dan tak acuh kamu terhadap anak kamu yang tak pandai berbahasa Inggeris. Kamu sibuk mengatakan bangsa lain boleh berjaya tanpa menguasai bahasa Inggeris, tapi kamu sendiri tak berusaha menterjemah karya agung sastera dan saintifik ke dalam bahasa Melayu yang lebih kamu faham

Ini..ini..BODOH!

Kamu canangkan negara ini untuk semua orang. Kekayaan negara ini untuk dinikmati bersama, tapi kamu agihkan kekayaan yang ada untuk kroni, penjilat, juak-juak kamu dan untuk memenuhkan kantung-kantung simpanan kamu di akaun pesisir dan Switzerland.

Ini..ini..pandai....

Kamu berjuang menegakkan fahaman politik kamu, kamulah paling Islam. Kamu maki mereka yang bukan berkopiah putih, kamu cerca orang yang bersongkok hitam dan bertudung pink semata-mata kamu merasakan mereka serba-serbi salah. Kamu tolak ketepi dakwah, kamu terus-terusan menyatakan kamu betul dengan cara menyalahkan mereka sedangkan kamu patut mengajak mereka kembali ke jalan yang benar

Ini..ini..BODOH!

Kamu berarak beramai-ramai di atas jalan menuntut perubahan. Akhirnya tak ade ape yang berubah.

baiklah, sekurangnya kamu mencuba, bukan?

Kamu masuk rancangan realiti untuk jadi imam, kamu belajar jadi imam, kamu turun padang tegur mat rempit, kamu join jabatan agama tangkap orang berkhalwat. Tapi kamu tak berani tegur anak-nak muda yang buka aurat & berhibur tak sedar diri, yang masuk realiti tv lain tapi dianjurkan oleh company yang sama.

Ini..ini..BODOH!

Kamu marah bila anak muda tak cukup umur mengaku dah tak ada dara dalam blog, tapi kamu maki dia, hina dia, cerca dia. Konon berdakwah tapi dalam masa sama kamu tunjuk pekung kejahilan kamu sendiri.

Ini..ini..BODOH!
 

3 comments:

RastaMat said...

hahahaha..

ye ini ini sangat bodoh!!!

imam muda itu palsu seperti bulu mata palsu!!!

quoted!!!

Polis Karma said...

in the end we all stuck in this stupid shit hole we call Malaysia..

karl said...

Mat Rasta: keikhlasan tak dapat nak diukur. tapi hipokrasi kita boleh nampak.

Imam Muda sebuah realiti tv yang hipokrit.

Polis Karma: we live in this shit hole since we birth, and we still alive till now.

we cant choose what kind of life which we'll live on, the only choices that we have is to adapt