27 June 2011

Hipokrit

Hipokrit bermaksud bermuka-muka, atau lebih tepat berpura-pura. Dalam erti kata lain, istilah ni merujuk kepada perbuatan sama ada fizikal atau percakapan yang tak selari dengan niat, kehendak atau emosi seseorang tu.

Ada orang cakap hipokrit ni satu sifat yang tak baik. Tak baik dari segi emosi, dan jugak dari segi pandangan moral orang lain terhadap kita. Sebagai contoh, kita suruh orang lain jangan ambik rasuah, tapi kita sendiri ambik rasuah. Atau pun, macam-macam lagi la contoh yang aku rasa korang boleh fikir sendiri macam mana.

Tapi cuba korang fikir, macam mana pulak kalau kita ketepikan sifat hipokrit kita? Sebagai contoh, sorang kawan lelaki, atau perempuan korang suka berzina. Maka korang pun sound dia terang2, macam kat bawah:

Korang: Weh, aku ade benda sikit la nak tanya kau ni
Kawan: Ape dia?
Korang: Ko ni asyik buat projek je dengan balak/awek kau, kau ni tak tau malu ke? Ko tu Islam tau tak, tak takut api neraka ke?

Dialog lepas tu korang pikir sendiri. Yang pasti mesti la kawan tadi buat muka ketat dan bengang dengan korang yang sound dia direct macam tu. Cuba pulak tengok dialog kat bawah:

Korang: Weh, aku ade benda sikit la nak tanya?
Kawan: Ape dia?
Korang:Aku tengok ko ni lama dah kapel ngan balak/awek ko. Korang takde plan nak kawen ke? Nak gak aku merasa nasik minyak kat kenduri ko.

Adakah keadaan kat atas hipokrit? Pada aku memang hipokrit pun, tapi tengok balik, sifat hipokrit dalam dialog atas tu, baik atau tak? Korang tak setuju ngan kawan korang yang suka buat projek, jadi korang slow talk bagi cadangan untuk dia kawen. Jadi untuk sambungan dialog dalam situasi yang kedua tu rasanya takde la tegang dan ketat, berbanding situasi dialog 1.

Kalau sikap hipokrit tu tak baik dan tak berguna, buat ape Tuhan nak bagi sifat tu pada kita, kan? Cuma bergantung macam mana kita gunakan sifat tu.

Aku pernah  terfikir pasal sikap hipokrit, kematangan berfikir dan kecerdasan emosi (emotional quotient) ni sama je. Jadi jawapannya, ketiga-tiga perkara tu tak sama tapi saling berkait. Kebolehan untuk menggunakan sikap hipokrit tu ke arah kebaikan atau keburukan, jugak kebolehan mengawal emosi - dua perkara tu merupakan benda penting dalam menentukan tahap kematangan berfikir seseorang. :D

No comments: