10 June 2011

Half atheist

 
 
Berdasarkan ape yang Prof VS Ramachandran tu cakap, melalui eksperimen yang dia buat, dia mendapati otak hemisfera kiri dan kanan pesakit bila dirangsang dan diberikan soalan "anda percaya pada Tuhan?", hemisfera kanan percaya pada Tuhan, tapi hemisfera kiri pulak tak percaya pada Tuhan. Dia kemudian buat lawak sinis dari sudut teologi (bukan Teohlogy, Teohlogy merupakan buku karangan Patrick Teoh, pelakon dan pelawak yang cool), lepas mati ke mana roh pesakit tu akan pergi, ke neraka atau syurga sebab bahagian otak yang berbeza bagi jawapan yang berbeza pasal kepercayaan kepada Tuhan. Otak pesakit tu menunjukkan pesakit tu merupakan half atheist.

Wujud ke half atheist? Perbincangan persoalan ni merupakan suatu paradoks yang tak boleh nak diselesaikan, serupa macam nak mendapatkan nombor perpuluhan mutlak sebagai penyelesaian 1/3 atau 7/9. Sekularisme, macam kehidupan kebanyakan kita sekarang taklah seteruk atheism, tapi sejak aku hidup dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ni keluar istilah moderate Islam, extreme Islam - tak kedengaran pulak pasal moderate Christian, Hindu, Buddha dan sebagainya, jadi terlintas jugak dalam kepala aku wujud tak half atheist, sebab kalau Islam pun macam regulator suhu air cond yang boleh diubah mengikut low, moderate dan high (extreme), mesti atheism pun ada skala yang macam tu.

Mungkin kita boleh bagi profile half atheist berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Sebagai contoh, seorang Muslim yang belajar melalui Islam, Adam dan Hawa diciptakan di syurga dan kemudian turun ke bumi. Tapi bila dia belajar di peringkat A level, atau pun tingkatan 6 mungkin dia akan diajar, semua makhluk atas muka bumi ni berevolusi. Dia pun setuju. Evolusi menyelamatkan sesetengah makhluk, dan mengetepikan makhluk yang lain daripada gene pool berdasarkan kemampuan mereka untuk survive. Dia setuju lagi. Kemudian diajar pulak, manusia - berevolusi daripada beruk, dan dah dibuktikan melalui saintifik yang DNA chimpanzi 99% sama dengan manusia. Dia mungkin tak setuju, tapi atas kertas peperiksaan dia akan muntahkan teori evolusi yang menolak penciptaan Adam dan Hawa dan mengiktiraf teori survival of the fittest macam yang dia belajar. Mungkin macam tu la kot half atheist. Atau pun pak lebai, imam solat jemaah yang memimpim jemaah solat, yang membaca doa iftitah (membaca doa, ke berdoa? entahlah labu, aku pun tak tau) yang menyebut sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan mati ku kerana Allah Taala tapi kadang2 bila bercerita dekat kedai kopi tentang kenaikan harga barang atau pun pasal anak2 yang cemerlang keputusan SPM yang nak mintak biasiswa, terkeluar jugak - ish, zaman sekarang kalau takde duit, susah kita. Ish, kalau takde kabel, memang tak dapat biasiswa JPA tu. Duit menentukan susah senang, kabel dan kawan menentukan lulus gagal pemilihan biasiswa. Tapi dalam masa sama 5 kali sehari mengucap, baca Al Fatihah. 

Macam tu lah kot half atheist.

6 comments:

basikal said...

hehe entri yang cantik:D

teori evolusi darwin betol2 buat kiblat lari..manusia wujud ber juta tahun lalu..ikot perkiraan..adam hidup sekitar 200ribu tahun lalu..err dah ingat2 lupa

paling best..bumi terjadi dengan tiba2..kesan dari debu then tiba tiba ada kilat..pelik..dalam sains..istilah tiba-tiba takkan wujud

kan ada 1 prinsip sains yang bunyinya lebih kurang tenaga tak boleh muncul atau hilang atau di musnahkan cuma boleh berubah bentuk..buat apa susah2 einstain cipta formula E=mc2 kalau tiba2 boleh wujud dalam hukum sains..ok lari dari topik

lufkin said...

lol, aku pernah pg kursus ESQ (yg pernah kecoh dulu) sebab sime darby sponsor dan dorg pakai bnda ni tunjuk kat audience.. so aku percaya pada tuhan sbb otak aku? bkn sbb btl2 percaya? so kalau kita eksiden and ada damage kat hemisfera kanan aku, aku akan x percaya kat tuhan?

karl said...

basikal: kalau kita hidup dengan pegangan agama, logik tu tak penting. sebab banyak benda tak boleh nak justify dengan rumus, hukum atau pengiraan.alasannya, sebab akal manusia terbatas. lame answer, tapi itu lah pun jawapannya. orang yg beriman dengan logik dan sains akan argue benda ni.

walau macam mana pun itulah ujian Tuhan pada kita bila tiba soal keimanan ni

Lufkin: aku rasa prof ni - lebih kepada buat lawak je, memang aku tau benda ni lebih kepada lawak. cuma saje aku nak jadikan half atheist tu sebagai isu.

Akulah Aqilah Itu said...

Part evolusi tu, sampai sekarang aku dilemma.

Dexter Morgan said...

haha..that prof rawks

kalau non-muslim beriman dgn logik dan sains dan ambil fahaman atheist sbg pegangang hidup, bagi aku itu bukanlah sesuatu yg pelik.

tapi bila muslim by born mula persoalkan tentang Tuhan dan ciptaan2nya, bg aku itu sgt2 menyedihkan

karl said...

Aqilah: jawapan dah ada, ape lagi yang dilema?

Dex: Muslim by born atau kafir ada cabaran masing2. Ada yang mengikut saja - sampai ke lahad tak dapat hidayah. Dan dalam takde hidayah tu diberi pula tanggungjawab untuk menyampaikan kepada yang tak tau. Kafir pulak, diberi ujian dengan hidup tanpa panduan yg betul sejak mula hidup lagi.