14 June 2011

Final PCI

Semalam masa aku tengok borang indent unit of dose sorang uncle kat ICU, aku nampak serving time tablet Isosorbide dinitrate. 10 mg etiap 8 jam. 

"Staff nurse, staff nurse ke yang jaga uncle ni?" aku tanya kat sorang nurse situ.

"ye, kenapa?"

"Isordil ni serve tiga kali sehari, better bagi jarak sikit timing masa last dose dengan next dose. Nak elakkan tolerance (tolerance - bila sampai satu jangka masa, dos ubat yang diberi lama2 kurang keberkesanan & menyebabkan kena tambah dos). Saya ubah sikit waktu makan ubat dia ni ye," aku terangkan ringkas.

Pagi ni masa aku datang wad, katil uncle tu kosong dah. Aku tanya supevisor aku, Jesse, dia pun tak tau. Dr Nara terdengar, pastu tanya kat kitorang.

"Patient bed 8 transfer ward ke doc?" aku tanya.

"He already meet his God," Dr Nara explain.

Baru semalam aku tengok uncle tu. Tapi sempat nak review case dia sekejap je, sebab semalam masa tak cukup. Dia dah ade develop acute coronary syndrome, dah start anti platelet. Tapi hari tu atrial fibrillation je. 

Selalunya boleh nampak la tanda2 nak mati tu macam mana. Kalau dah takde spontaneous breathing, pastu blood pressure dah decreasing trend even dah start inotropes tu antara tanda2 la tu. Cuma uncle tu semalam takde pulak tanda - tanda macam tu, at least masa waktu aku tengok dia. Aku jeling kat Jesse, mata dia berair.

Farewell Uncle T.

PCI - pharmaceutical care issue. Ape2 masalah berkait dengan ubat & keadaan pesakit.

3 comments:

eszol raar said...

start anti platelets tu utk apa?

karl said...

acute coronary syndrome tu terjadi bila lemak yang melekat kat salur darah menyekat perjalanan darah ke jantung. bila darah yg cukup ke jantung x cukup, oksigen tak cukup so otot jantung boleh rosak.

antiplatelet tu untuk mengelakkan darah bergumpal. lemak yang melekat kat dinding jantung tu boleh tarik clotting factor untuk membentuk gumpalan darah kat sekeliling lemak tu - antiplatelet mengurangkan risiko terjadi gumpalan darah tu sebab, platelet fungsinya utk membolehkan darah bergumpal. kalau darah bergumpal, takut nanti membawa kepada stroke (angin ahmar).

eszol raar said...

thx karl


aku baru teringat platelet tu utk blood clot