15 June 2011

Bulan dan matahari

Surah Fussilat, ayat 37,

لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

Tamadun Mesir dahulunya terkenal dengan ilmu sihir. Dalam kegemilangan sihir pada waktu tu, tamadun tu menyembah matahari, dengan menamakan tuhan matahari mereka sebagai Ra.

Ahli sihir di kepulauan Melayu sering mengadakan upacara mistik ketika bulan mengambang penuh. Dalam mitos kepercayaan mereka, waktu bulan mengambang merupakan saat amalan mereka ampuh dan ada yang memuja cahaya bulan purnama.



Sains pulak mengaitkan kejadian bulan purnama dengan teori graviti - graviti bulan membantu pasang surut laut, dan ada teori, yang separuh saintifik, mengatakan waktu bulan purnama, sesetengah pesakit mental menjadi agresif dan kejadian jenayah kerap berlaku disebabkan pengaruh graviti bulan terhadap keseimbangan cecair dalam otak manusia.

Yang pasti gerhana bulan dan matahari mengajar manusia satu perkara - bulan dan matahari bukan Tuhan untuk disembah, dan cahaya kedua-dua objek tu boleh hilang bila-bila masa atas izin Pencipta yang Maha Pencipta.



No comments: