16 June 2011

Basuh tangan

Tadi selepas aku selesai makan kat sebuah restoren francais kapitalis Amerika yang mana ayam goreng jualan restoren tu disahkan haromm oleh sebuah syarikat MLM milik Melayu, ade sorang budak kecik, umur dalam 3 tahun kot. Budak tu nak basuh tangan kat sinki restoren tu, aku pun nak basuh tangan.

"Nak basuh tangan eh dik?" Aku tegur budak tu, panggil dia adik sedangkan aku pangkat uncle kot ngan dia.

"Tak sampai.." budak tu cakap. Memang betul pun, mana nak sampai tangan budak pendek je, kepala paip betul aku ni. Takkan la tu pun tak nampak.

Kakak budak tu sampai. Ish, kakaknya pun kecik jugak, umur 5 tahun kot. Aku tengok sekeliling. Terlintas gak kalau aku dukung budak ni nanti orang ingat aku nak culik budak ni, tak pun dorang chop aku pedo.

Lantak ah, aku pun terus bukak paip, angkat budak tu, bagi tangan dia dapat hulur sampai ke kepala paip, pastu bagi dia cuci tangan. Dah agak-agak siap aku letak balik budak tu.

Arakian begitulah kisahnya - pasal basuh tangan.


Ni bukan budak yang basuh tangan tu. Ni adik dia. Comel, tapi sempat snap satu pic je :/

p/s Apa punya turrrr la mak bapak ko ni dik. Kot ye pun kebulur tolong la anak cuci tangan kat sinki. Nasib baik aku ade, cuba kalau lelaki kucing jumpa ko. Mau hilang sampai tak jumpa.

No comments: