02 April 2011

Pahang Darul Makmur

Pahang - negeri tempat aku membesar. Aku lahir kat Kuala Lumpur - mungkin sebab tu aku banyak dianaktirikan kerajaan Pahang. Mintak biasiswa kerajaan negeri masa sekolah tak pernah dapat - padahal budak negeri Kelantan & Terengganu yang mengaku anak Pahang dapat pulak. Padahal aku straight A tiap kali ujian upsr & pmr. Cemerlang exam - dapat la RM 50 tiap kali skor straight A. Tapi aku takkan mengaku aku anak Kuala Lumpur sebab aku cuma lahir kat KL - hidup aku, besar aku di Pahang.

Pahang ni - sejarah silam negeri ni memang kabur. Ade cakap Pahang ni dulu tak beraja pun, lalu datang la orang luar dari Siam, dari Melaka datang ke Pahang - buat kepala mengaku jadi raja. Malah dalam beberapa hal, Pahang ni negeri yang pelik. Loghat daerah berbeza mengikut daerah. Kalau duduk Kuantan, loghat sana bercampur-campur loghat Kelantan & Terengganu. Dekat Temerloh lain, dekat Bentong lain, dekat Raub lain, dekat Pekan lain, dekat Kuala Lipis pun lain. Anehnya orang Pahang dapat kenal sesama orang Pahang kalau salah seorang bercakap dalam loghat tempat dia. Orang Pahang tak bersatu - selalunya dorang sesama dorang pun jarang nak menolong satu sama lain kalau atas dasar kenegerian - berbanding dengan orang negeri lain macam Kedah, Kelantan, Penang, Sabah, Sarawak atau Johor (baca : Jawa) yang kuat solidariti kenegerian dan kebangsaan dorang. 

Walaupun begitu orang Pahang satu masa dulu merupakan bangsa yang rebel. Hugh Clifford pening kepala masa jadi Residen dulu - dek penentangan Tok Gajah dan anak dia, Mat Kilau. Akhirnya dengan menggunakan sultan yang memikirkan perut - rebellion Pahang berjaya dipatahkan. Mat Kilau yang mulanya tunjuk eksen lawan British - menyorok, dah nak mati baru keluar. 

Walaupun begitu sifat rebel orang Pahang tetap ade - gene rebel tu masih masin dalam darah dorang. Tapi sebagaimana kata-kata Abdullah Jones (blogger yang ban aku dari jadi follower sebab aku kata dia lelaki yang ber"penis"besar sebab menulis semula lepas merajuk, kah kah kah) - orang Pahang secara spesifik orang Kuala Lipis - masa zaman muda mereka rebel, dah tua masuk UMNO. Dan memang itu lah yang berlaku.

IQ orang Pahang? Antara yang terendah di Malaysia. Orang Pahang takde yang menang Nobel Prize. Kalau setiap tahun dilihat pencapaian sekolah2 di Pahang berbanding dengan sekolah lain di negeri Johor, Selangor, Kedah dan segala negeri lain, sekolah-sekolah Pahang tak pernah masuk ranking top 3. Malah kalau dilihat ADUN yang mentadbir negeri Pahang - lihat je siapa ketua dorang. Dan tengok juga bendera Pahang - hitam dan putih. Takde warna lain, dua warna je. Punya la pemalas.

Menteri Besar yang diundi oleh rakyat Pahang - secara spesifik orang Pelangai di daerah Bentong

Pahang ni negeri yang taat pada Sultan. Sultan yang melantik awek Pakistan jadi Sultanah (dalam undang2 tubuh kerajaan negeri..ahh persetan undang2). Rakyat juga patuh pada parti. Dari zaman kapal layar sampai la dacing mereka tak pernah mengecewakan parti pemerintah yang sama. Hasilnya - sampai sekarang line handphone takde kat kampung aku. Kat tempat tinggal aku ade ahli politik yang tukarkan tempat mengaji Quran jadi restoren jual babi - sebelah masjid - tapi ahli politik yang sama juga menang pilihan raya walaupun lepas benda tu jadi. 

Kali ni kilang rare earth - kilang proses logam bumi yang secara teknikalnya boleh memancarkan gelombang radioaktif dan seterusnya menyebabkan pencemaran radioaktif akan dibina di bumi Pahang. Maka akan bertambah bebal dan bodoh la generasi Pahang nanti bila sisa2 bahan proses berbahaya tu dibuang kilang syarikat Australia tu di bumi Pahang nanti - dan cucu cicit pemerintah Pahang sekarang akan untung - untung makan duit yang disumbat syarikat Australia celaka tu, dan untung sebab generasi Pahang yang bodoh2 bakal dilahirkanl diperbodohkan dan meneruskan sokongan membabi buta kepada cucu cicit pemerintah sekarang.

Aku malas ambil pedulik - aku nak bodek balik Kuala Lumpur supaya menerima aku jadi warga Kuala Lumpur sebab tanah tumpah darah aku kat Wangsa Maju. Persetan sama Pahang.

2 comments:

miss nina said...

salam singgah.
ada beberapa kupasan saudara yang saya setuju, ada juga tidak.

harapnya terus menulis, jgn merajuk2 pula :P

karl said...

nak setuju atau tak itu hak masing2.

saya tulis fakta + pendapat + pengalaman saya. saya tak buat2 cerita - saya boleh bagi details utk benda yg saya tulis.

pilihanraya seterusnya BN tetap akan menang di Pahang. saya menulis di sini sebab sakit hati dengan keadaan negeri tmpat saya membesar tu. skang saya dah give up dan lantak pi la dengan pahang sebab saya lahir dekat kuala lumpur.