11 April 2011

Nota Kecil (VII)

1. Emak

"Bila balik rumah?" tanya emak, yang separuh sihat.

"Tengok keadaan. Ada duit nanti balik," jawab aku.

Kalau aku kerja kat Semenanjung mungkin aku boleh jawab "hujung minggu ni" atau "minggu depan".

2. Abah

"Bila result interview fellowship tu keluar?"

"Nanti fakulti hantar surat ke rumah"

Nampaknya Abah dah berharap aku sambung belajar. Program Master belum apply, IELTS belum register. Lantak la. Kalau keluar offer letter aku sambung balik pening kepala aku.

3. Pilihanraya Sarawak

Malas aku nak campur. Sebab bukan tempat aku - literally, I dont give a fuck. Aku datang sini sebab aku dihantar ke sini - nak tinggal lebih 90 hari kat sini aku kena ada pas perjalanan terhad - benda jadah biru tu tak pernah jadi isu bila aku pergi Selangor, Melaka, Kelantan, Kedah tapi aku kena ade benda tu bila datang sini. Jadi aku ni gaijin - gaijin dalam negara sendiri, biol sungguh sistem yang ada ni. Gaijin is gaijin, jadi aku takkan jadi sesibuk Anwar Ibrahim yang bersusah payah datang ke sini untuk berkempen.

4. Pahang

Kilang rare earth - kilang proses unsur-unsur lanthanoid bakal beroperasi kat Pahang. Jadi kesimpulannya

- orang Pahang lagi bangang dari orang Sarawak walaupun Pahang dah banyak kali tukar Menteri Besar berbanding Sarawak yang dah 30 tahun tak tukar Ketua Menteri

- lepas ni aku tak boleh cari jodoh dengan orang Kuantan - sebab generasi Kuantan bakal tercemar dengan toksik dan radiasi - nanti dapat anak, anak mungkin cacat dan mudah dapat kanser.

- Farmasi Hospital Tengku Ampuan akan order lagi banyak stok ubat chemotherapy untuk protocol acute leukemia - cytarabine, vincristine, daunorubicin, dexamethasone. Oh ya, Kytril untuk elakkan muntah.

5. Video seks Dato T

Kerja bodoh. Tak pernah aku jumpa rancangan sebodoh tu. 

6. Jatuh bangunan SPRM

Kalau dua-dua bunuh diri - maksudnya dah dua kali orang terjun bunuh diri. Kalau dua-dua terjatuh - maksudnya dah dua kali orang terjatuh. Kalau dua-dua kena campak - maksudnya dah dua kali orang kena campak.

Malangnya dah dua kali orang jatuh - masih tak tahu punca jatuh. 

Cukup-cukup la panggil pakar luar. Belajar jadi profesional, belajar jadi telus, belajar untuk jadi pandai, belajar untuk percaya pada pakar sendiri, belajar untuk selesaikan masalah sendiri. Sebab percaya pada orang luar la Inggeris jajah Malaya, sebab percaya pada orang luar Jepun datang merogol anak dara Melayu, sebab percaya orang luar Singapura jadi Israel cawangan Asia.

2 comments:

Dark Half said...

skandal video seks dan terjun bangunan SPRM - mungkinkah trend terkini 2011

karl said...

harap2 cukuplah dgn ape yg ade. dalam internet sekarang dah beribu 3gp yg dirakam anak2 bedebah, takkan yg tua pun nak jadi bangsat macam tu jugak.

jatuh bangunan - sebenarnya kat Malaysia ni jarang orang bunuh diri dengan terjun bangunan. jadi yg jadi kat bangunan sprm tu mmg tanda tanya besar