20 April 2011

Malaysia tanah air ku!



Aku cukup suka tinggal kat Malaysia ni. Malaysia merupakan gabungan 13 negeri, termasuk 3 buah wilayah persekutuan yang sentiasa aman sentosa. Tak ada kacau bilau, takde perang saudara, tak macam kat Mexico kat sana ada Los Zetas, samseng jual dadah yang suka kerat badan orang. Kat Malaysia jarang2 ada kes orang kerat orang, yang paling popular dulu pun kes arwah Mazlan Idris kena kerat 18 sebab percaya kat Mona Fandey masa upacara puja duit. Mazlan Idris tu dulu mengaji sampai kat US, malang betul tak sabar nak jadi Menteri Besar last2 kena kerat. Ade jugak kes pompuan Mongolia kena bom, tapi itu cerita lama..yang tukang bunuh pompuan tu dah kena hukum dah, cuma heran jugak masa masuk dalam surat kabar muka dorang bertutup penuh memanjang. Tapi tukang upah bunuh tu terlepas, tapi takpela nanti kalau tukang upah tu upah orang lain jadi pembunuh, kita tangkap je pembunuh upahan tu lepas tu hukum jela. Tapi serius la, memang hidup di Malaysia aman damai. Peace!

Dekat Asia Tenggara ni, Malaysia la negara yang paling stabil. Tengok Vietnam, Myanmar, Laos, Kemboja - mana ada maju macam Malaysia. Indonesia lagi la, negara dah la mundur, kotor, rakyat uneducated - lepas tu kutuk2 Malaysia, padahal berlambak rakyat dorang jadi pendatang kat Malaysia - kerja jadi kuli dalam berbagai bidang - ada yang kerja kat ladang sawit, ada kat bandar jadi buruh kontrak. Jadi buruh - busuk, kotor kerja dorang. Tengok budak-budak muda Malaysia, mana main kerja low class macam tu. Budak muda Malaysia suka lumba motosikal, suka bawak awek kat belakang motor, jalan2 merata pastu beli petrol mintak duit mak bapak. Baru la ranggi, baru la jiwa muda! Ape kelas kerja buruh macam mat Indon, jadi buruh kapitalis. Budak muda Malaysia jiwa rebel! Best duduk Malaysia ni. Kat Malaysia ade Menara Berkembar Petronas, dulu pernah jadi menara paling tinggi kat dunia. Ada Putrajaya, ada litar Formula 1, ada KLIA, macam-macam ada. Dekat negara Indon, Filipina mana ada semua tu?

Rakyat Malaysia hidup aman damai, bersatu padu. Tengok orang Kelantan - pergi mana-mana pun, yang pasti dorang akan kecek Kelate, makan budu, duduk satu group ramai2 pastu mesti dorang akan sentiasa hormat Tok Guru dorang. Memang betul2 bersatu padu. Mana ade pernah gaduh, yang peristiwa 13 Mei tu dulu pun sebab salah faham je. Kat Malaysia setiap orang walaupun berlainan negeri mesti anggap orang negeri lain macam sedara mara sendiri. Macam aku - tiap kali aku bawak passport biru ke kaunter Imigresen kat airport bila sampai Sarawak ni mesti orang kat kaunter tu senyum kat aku, walaupun aku datang dari negeri lain. Eh, pasal apa aku masuk Sarawak kena pakai passport? Itu takde ape tu, passport tu saje je, nak bagi feeling2 ala2 pergi oversea. Keh3. Kat Malaysia, Melayu hormat Cina, Cina hormat Melayu, Cina Melayu hormat India, Cina Melayu India hormat Dusun, Kadazan, Iban, Kelabit, Bidayuh, Kenyah, Bajau. Kitorang saling menghormati, mana ada pecah belah. Parti politik yang ikut kaum tu takde ape2, saje2 ikut tradisi parti politik ikut suku kaum sebab tradisi tu dah lama, sejak zaman British lagi camtu buat apa nak ubah2.

Bercakap pasal politik, orang politik kat Malaysia memang suka buat lawak. Masa nak pilihanraya baru la semua turun pergi tempat pilihanraya tu. Kalau pilihanraya tu kat Sarawak, berduyun la orang dari semua negeri datang ke Sarawak, tak kira la orang tu dari KL ke, Selangor ke, Melaka ke, Sabah ke..semua datang. Semua mengaku sedara, walaupun ade setengah tu baru pertama kali jejak tempat tu, tu pun pasal ada pilihanraya. Masa pilihanraya pun seronok - parti A kutuk parti B, parti B kutuk parti A, buat lawak, kutuk2 lepas tu gelak ramai2. Memang seronok ceramah politik, kadang2 waktu tu lagi lawak daripada tengok Maharaja Lawak dekat Astro. Macam macam lawak keluar - lawak jam Omega, lawak perut boroi, lawak nak letak jawatan, nak undur diri, lawak pasal Altantuya pun ade. Orang Malaysia sporting - pasal orang mati kena bom pun boleh buat lawak. Tapi benda paling lawak kat Malaysia dah tentu la surat kabar dan berita kat saluran tv free. Kadang2 berita pun buat lawak, pernah sekali Manchester United menang tapi berita cakap Manchester City, memang lawak.

Ahli politik Malaysia jugak sangat prihatin pada rakyat. Baru ni umum pasal kerajaan keluar sampai RM50 juta untuk sediakan emel free untuk rakyat. Fuhh RM 50 juta untuk bukak emel, bayangkan emel yang boleh register free je kat google, yahoo tapi kerajaan guna duit sampai RM 50 juta untuk buat emel. Mesti beli dah ada emel tu perkara ajaib boleh jadi - boleh dapat tiket LRT free ikut emel, boleh request gaji awal ikut emel, boleh main Call Of Duty Black Ops guna emel tu jugak. Advance betul pemikiran kerajaan ni. Kerajaan jugak cakap nanti, bila ekonomi dah elok sikit, nak hantar sorang lagi angkasawan ke ISS. Baguslah tu, itu akan meramaikan angkasawan Bumiputera Melayu Islam. Nanti lepas balik dari ISS nanti boleh la dia kawen free sebab ramai orang sponsor dia, lepas tu bila orang jemput nak bagi ceramah kat budak sekolah boleh la charge puluh2 ribu. Program Angkasawan tu bakal melahirkan ramai lagi Bumiputera berjaya, bagus2.

Kehidupan di Malaysia bukan je menyeronokkan kat alam nyata, kat alam maya pun sama. Pengguna Facebook kat Malaysia merupakan pengguna yang paling ramai kawan kat atas muka bumi ni, berbanding dengan pengguna Facebook negara-negara lain. Kalau nampak gambar profile awek cun atau balak ensem, tekan je butang add ass friend, mesti approve punya. Lepas tu boleh add YM,Skype, boleh chatting dengan kawan2 yang ensem dan cun. Silap haribulan boleh sangkut jadi laki bini terus. Kalau anda letak gambar awek cun dekat profile pic, ramai la lelaki yang akan add anda, hatta yang profile pic pakai serban pun akan request nak jadi friend anda. Begitulah peramahnya rakyat Malaysia, memang seronok la tinggal kat sini. Malaysia ni pusat perkumpulan bermacam jenis orang - ada orang Africa, India, China Doll, Argentina, Lebanon dan dari segala tempat di dunia ni. Imigresen takkan halau punya, imigresen Malaysia kan peramah mana halau2 orang, pendatang asing tu kan tetamu, tetamu kalau datang kan bawak seribu rahmat. Kalau pendatang2 tu bawa penyakit macam taun, tuberculosis, syphilis ke kat hospital kerajaan ada ubat, boleh ambik ubat kat sana.

Paling best kat Malaysia - jadi blogger. Buat blogger merapu, kumpul ramai follower pastu boleh buat apa yang kita suka - semua follower akan suka. Tak kira la blog tu kutuk-kutuk artis ke, letak gambar seksi artis ke, buat segmen terjah blog yang macam bodo ke, buat Vlog poyo ke, takde sape nak marah punya. Paling best bila jadi blogger, kalau sebagai orang Muslim kita boleh berdakwah. Caranya senang je, cari gambar artis pakai pakaian tak cukup kain, lepas tu kutuk2, last2 kat akhir sekali letak ayat Al Quran suruh tutup aurat. Mesti ramai sokong apa kita buat tu, dan secara langsung kita dah berdakwah. Sama je pahala dakwah macam orang tabligh yang keluar 40 hari tinggal kerja, tinggal anak bini susah2 pergi dari rumah ke rumah ajak orang pergi masjid. Pheww.

Kesimpulannya, Malaysia memang best dan mansang. Memang aku bertuah duduk kat Malaysia. Walaupun banyak lagi kelebihan Malaysia, cukup la dulu. Peace. Kepada bukan rakyat Malaysia, tolong jangan cemburu dengan aku.

6 comments:

rozy asra said...

sarkastik. haha bro, sorry off dari entry. cuma nak cakap, aku suka blog kau. rasa nak baca sampai entry pertama. insyALLAH aku cuba.

RastaMat said...

saya pon bangga taw jadik rakyat malaysia ni..
macam2 ada..

karl said...

rozy asra: jarang ada orang cakap yg dorang suka baca blog aku ni. ape2 pun terima kasih

RastaMat:dah tentu la. selamat menyambut 420, mat rasta.

bujal X said...

*acu cari telunjuk depan kamera.

kemudian jerit.

satu................!!!!!

karl said...

jari telunjuk ke jari tengah? kah kah kah

RastaMat said...

hahahhahahahha...

jerit satu ramai2...
gunekan jari tengah lagi afdal...

takde kawan mau sambut 420..

jom bersama kita...