21 April 2011

Kalau...

Ini bukan teori konspirasi. Ini cuma urutan logik yang berkemungkinan boleh berlaku.

Kalau Menteri atau Raja atau Ketua terlibat dalam salah laku/jenayah/skandal?

- musuh/pihak luar akan ada modal untuk ugut dorang -> bila kena ugut, dan takut dengan ugutan, tentu dorang akan ikut cakap orang yang mengugut.

Kalau kalau orang jatuh bangunan?

- akan timbul andaian daripada orang ramai -> sama ada mati bunuh diri, mati terjatuh/tergelincir/kena tiup angin, atau mati kena campak

Kalau perogol, sibuk tayang video lucah orang lain?

- siapa nak percaya -> kau sendiri pun tutuh perempuan, dah tentu orang menyampah dengan kau

Kalau dah 54 tahun merdeka - ada rakyat yang beli barang guna sistem barter, ada kampung yang tadah air hujan sebab takde air paip?

- orang akan tanya, apa guna merdeka, kalau hidup takde perubahan pun berbanding dengan hidup bawah penjajah

Kalau Ustaz/Paderi/Sami dera budak kecik sampai mati?

- orang akan pertikai, Ustaz/Paderi/Sami ni cara sembahyang betul tak? Adakah agama ajar kamu jadi kejam macam tu?

Kalau kamu belanjakan RM50 juta untuk sediakan akaun email baru untuk orang ramai?

- orang akan cakap kamu bodoh dan celaka -> berjuta orang buka akaun email tanpa perlu bayaran tambahan (selain charge penggunaan internet), apa perlunya kamu bayar RM50 juta kepada syarikat Bumiputera untuk sediakan sesuatu yang boleh diperoleh secara percuma?

Kalau kamu pergi ke stesen angkasa lepas, kononnya buat kajian tapi hasil kajian tak diumumkan langsung lepas bertahun kamu pergi ke angkasa lepas

- orang akan bertanya -> betul ke kamu buat kajian, kalau kajian mesti ada hipotesis, ada eksperimen, ada hasil, ada kesimpulan -> mana hasil kajian kamu?

Kalau tinggal 8 tahun 8 bulan lagi sebelum dateline nak umum jadi negara maju

- tanya la diri sendiri -> macam mana keadaan negara sekarang, layak ke nanti sampai tarikh dateline nak diumumkan negara dah maju?

Kalau kamu nak jadikan dunia, persekitaran kamu lebih baik

- mulakan dengan diri kamu dulu.

2 comments:

lufkin said...

Aku pernah dengar sapa ntah quote, teknologi Jepun (negara maju) skang pun dah mendahului negara membangun lain sebanyak 20 tahun.. Boleh ke kita capai taraf jepun as they are now in 8 years?

karl said...

boleh kalau betul2 komited. masalahnya komitmen dan kesungguhan - kalau tak kita tentu dah lama maju