03 April 2011

7 tahun

Budak-budak, kalau doktor nak bagi ubat - dos/kuantiti ubat yang nak diberi tu adalah berdasarkan berat badan.

Sebagai contoh, paracetamol ukuran dose dia 15 mg/kg tiga kali sehari. Untuk antibiotik macam penicillin (ampicillin, amoxycillin cloxacillin, penicillin V) - selalunya dalam lingkungan 15 - 20 mg/kg. Untuk ubat anti inflammatory (ubat yang merencatkan pembengkakan) macam prednisolone - 1 mg/kg sekali sehari.

Nature kerja aku membuatkan aku biasa gak la berdepan situasi budak2 kena makan ubat ni. Jadi kalau pesakit pediatric, berat badan memang penting. Kalau baru lahir biasanya mungkin dalam 2 kg lebih camtu la. Kalau besar sikit - macam umur 7 tahun - mungkin dalam 10 - 15 kg. Dalam lingkungan berat itu la.

Bila sesi kaunseling ubat2 ni selalunya budak kecik yang sekolah rendah ni, macam takut2 sikit nak bercakap. Tak tau la sebab aku ni muka cengeng ke atau memang budak2 ni malu. Tapi aku cuba jugak la communicate dengan dorang especially kalau dorang dah sekolah - supaya budak2 ni tau sebab ape dorang kena makan ubat, ubat ape yang dorang kena makan ni, apa guna ubat tu.

Pagi tadi terbaca berita budak 7 tahun kena pukul dengan penyelia asrama - sampai koma. Tak lama lepas tu keluar berita budak tu meninggal dunia. Kalau umur 7 tahun duduk asrama - dah tentulah bukan anak orang kaya. Dan budak tu dah takde emak. Ade ayah je.

Macam2 benda terbayang kat kepala aku masa baca berita tu. Macam mana budak tu masa kena pukul, menangis teruk ke dia. Dah makan ke dia masa kena pukul tu, lapar ke dia masa kena pukul tu. Dan lepas masuk hospital - doktor kena pasang tube pernafasan kat budak tu. Sakit sebenarnya bila kena pasang tube nafas tu - doktor akan inject ubat penenang bila patient dipasang dengan tube tu. Betapa azabnya budak tu - umur tujuh tahun, berat badan belas2 kilo je, dan apa la sangat salah budak tu sampai diterajang sampai mati.

Tak tau la kenapa aku depressed & terganggu betul dengan berita tu. Mungkin sebab aku kerja hospital, so aku tau sikit sebanyak pasal budak2. Nak pulak aku ada adik kecik lagi kat rumah.

Al Fatihah buat adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.

3 comments:

Besi Karat said...

Al-Fatihah.

Aku pun terganggu bila baca berita tu.Orang 26 tahun pukul budak 7 tahun memang tindakan tak berakal.

karl said...

Tah la. in another side, Saiful ni beruntung sebab pergi awal - at least tak payah berdepan lagi dengan dunia yg totally fuck up ni. cuma aku terkilan dengan cara dia pergi.

Dark Half said...

Al-Fatihah

pergi sblum umur baligh, kita dah tau di mana tempat dia. bukan macam kita-kita ni yg belum tentu lagi. apapun, macam kau juga, aku tetap terkilan