30 March 2011

Ranggi metropolis

Berjalan-jalan sekejap sekitar Kuala Lumpur hari Sabtu lepas. Maaf aku takde kamera SLR untuk rakamkan ape yang aku nampak. Jadi baca jela riwayat ni - takyah percaya sebab kalau tak percaya korang boleh datang sendiri melawat bandar raya KL nih.

Turun daripada bas transit LCCT  kat KL Sentral. Jalan Brickfields sekarang dah jadi one way, dan penuh warna warni. Brickfields dah jadi Little India. Baguslah, Petaling Street jadi Chinatown, Brickfields jadi Little India. Kampung Baru - bagi kat tauke keparat korporat. Seni reka bentuk kat Brickfields memang sebijik macam kat negara India, siap ade air pancur yang dikeliling patung gajah. 10 tahun lagi, legasi dasar pecah perintah yang jadi kambing hitam dalam teks Sejarah KBSM rupanya berjalan lagi. Cukup2 lah salahkan British - tengok dalam cermin muka siapa yang herot sebenarnya.

KL Sentral penuh dengan manusia masa aku sampai. Kedai2 kat kawasan lapang di antara kaunter KTM & LRT dah semakin penuh dengan kedai2 kecik. Dah ade iras-iras Central Market. 

Sepanjang perjalanan dari KL Sentral - Masjid Jamek - Bandaraya - Jalan TAR, mata aku senak dengan fesyen  budak2 perempuan muda. Tudung bersanggul, tunggul dedah dada, pakai baju nipis nampak tali bra, pakai tudung Hana Tajima, pakai legging. Agak culture shock jugak la aku, dah lama tak turun KL sekarang macam2 fesyen rupanya. Terasa kerdil betul aku - aku tetap dengan fesyen selekeh budak kampung bawak beg baju pakai selipar berjalan kat tengah2 metropolitan ni.

Jalan TAR - shopping beli pakaian. Beli kemeja sebab kemeja yang aku pakai hari2 ke tempat kerja dah 5 tahun takde kawan. Beli seluar - dah 4 inci bertambah ukuran. Nampak sangat lemak dah tepu dalam badan. Pasni kena makan rumput jela, pastu jogging tiap2 hari.

Selesai di Jalan TAR kemudian ke Titiwangsa. Beli dua bungkus jambu merah. Aku hulur RM2, kemudian akak tu cakap, RM4 dik. Keluar RM2 lagi. Kalau harga sebungkus jambu merah tu boleh dibuat ukuran indeks inflasi, maka inflasi kat Malaysia sekarang dah 100%.

Lepas ni kalau aku singgah lagi ke KL ape pulak yang berubah? Wallahualam.

3 comments:

Dark Half said...

we have to go with flow wpun flow tu mcm celaka..haha

Republic Aku said...

kita kena berubah ikut kl,kalau tidak ...sendiri mau ingat...

mr said...

Dark - aku cuba nak jadi tunggul kat tengah sungai deras

republic aku - sesat di kuala lumpur..dosa pahala bercampur..tapi kita mesti hidup..kita mesti terus hidup

dh 26 tahun ayat2 kat atas - masih relevan kan?