05 March 2011

Nur Nilam Sari

Senyuman mu satu azimat
Buat diri ku yang hina
Manusia terpinggir, melara



Layang-layang terputus tali

Tahun 1998. Junainah, isteri M Nasir melahirkan anak perempuan pertama mereka. 3 bulan lepas bersalin, Junainah meninggal dunia. Kanser. Tinggallah M Nasir, empat orang anak lelaki dan seorang bayi perempuan yang baru berusia tiga bulan. Bayi tiga bulan, gerenti la tengah menyusu badan lagi.

Bayangkan kau lelaki, di tempat dia.

Sahabat gua

Search, band rock merangkap anak didik M Nasir kehilangan vokalis dorang, Amy. Amy dah rasa best pulak sebab keluar album solo pun laku, keluar daripada Search. Search walau macam mana pun berjaya dapatkan khidmat Awie yang masa tu bergerak solo untuk menjayakan album Bikin Wilayah.

Allahyarham Rosli Khamis, sahabat M Nasir, penulis lirik yang juga dikenali sebagai Loloq, Nurbisa dan beberapa nama pena lain lagi pun join sekali dalam penulisan lirik-lirik lagu dalam album Search. Sedar pasal kesedihan yang ditanggung M Nasir, salah satu lagu dalam album Search ditulis lirik yang didedikasikan buat kawan dia tu. Dan nama lagu tu pun diberi judul, sama dengan nama bayi perempuan berusia tiga bulan yang baru kehilangan emak dia tu. Nur Nilam Sari - itulah nama bayi perempuan tu.

Memikirkan tentang hidup aku kebelakangan ni, rasa cemburu jugak pada M Nasir. Masa dia sedih dulu sekurang-kurangnya Allah kurniakan Nur Nilam Sari untuk dia. 

Mungkin ape yang aku alami sekarang tak seberat apa yang jadi pada M Nasir, jadi tak perlu la bagi Nur Nilam Sari kat aku. 

2 comments:

Dark Half said...

masalah keluarga ke bro?

kalau nak ikutkan, setiap dugaan yg Allah tentukan pada kita dah diadjust dgn limit yg mampu kita tanggung. aku selalu pujuk hati aku camtu. kisah m.nasir juga satu inspirasi utk kita yg dilanda masalah

karl said...

macam2 masalah. tempat kerja, family, financial, hablum minaallah. all rounded fucked up