17 March 2011

Nota kecil (V)

Penampar

Sepanjang hidup aku rasanya paling kerap makan penampar masa sebelum naik ke Tingkatan 1. 

Tak pernah pun aku report TeleDera, polis atau cikgu kaunseling sekolah. Mungkin berkat redha masa kena penampar tu Tuhan balas dengan mudahkan aku rezeki aku. 

Malangnya aku tak boleh nak lupa penampar2 tu. Ingatan tu jadi parut - tak sakit, tak bengkak tapi tetap berbekas. Ingatan yang tak dapat buatkan aku tersenyum bila teringat

Kerja

Kerja tak pernah habis - sama ada tinggi menimbun atau reda sekejap. 

Berdua lebih baik, tapi..

Bila chatting dengan kawan perempuan yang single, wujud kemesraan, tambah lagi bila masing2 tau masing2 single lagi. Tipu la kalau aku cakap tak pernah terbayang duduk dalam rumah yang tenang, ade taman kecil, ade isteri, anak2 kecil yang comel.

Tapi bila aku tengok balik muka sendiri dalam cermin - buatkan aku jadi keras hati dan paksa diri untuk tutup perasaan sendiri. Semoga korang jumpa orang yang lagi baik dari aku.

Marhaen

Terbaca kisah orang-orang kecil - yang sebab mereka la orang2 yang bergelar politikus jadi orang bergelar. Komitmen dorang - untuk sesuatu yang dorang percaya - tak kira la ape pun, kestabilan, kemajuan, kebebasan, keadilan. Malangnya bila dorang mati - haram sorang pun orang yang mereka dukung tak menjenguk. Mungkin mereka tak dikenali pun.

Cerita-cerita yang aku baca pasal jenazah setiausaha parti tak dilawat pemimpin sedangkan si pemimpin berceramah dekat je dengan tempat jenazah berada, cerita tentang lelaki OKU yang berinisiatif jadi penggerak media alternatif yang meninggal tapi takde pun orang kuat parti datang menziarah - membuatkan aku nak siat je kertas undi masa pilihan raya nanti. 

Esok

Esok nak kena bangun subuh, kena bangun pergi kerja. Tidur la.

4 comments:

puteraduyong said...

yang esok tu yang penting tu... ;)

MATAHARI said...

baik2 kerja kawan.

aliaaroslan said...

cantik dan sihat bukan kekal sepanjang hayat. hati yang ada iman yang penting.

karl said...

puteraduyong: esok, lusa, tulat - semuanya penting

Matahari : terima kasih

Kak ALia: betul2, heheh