10 March 2011

Nota kecil (III)

Alhamdulillah

1. Kehidupan kerja - dah makin ok, kekusutan sedikit sebanyak dah terlerai walaupun ade lagi sisa yang tersangkut dan membelit.

2. Fellowship - dah apply, cuma tak tau sama ada akan dipanggil temuduga. Kalau dipanggil temuduga, tak tau dapat ke tak. Harap dipermudahkan urusan. Aku dah nekad nak sambung master tahun ni jugak.

3. Kerja on-call - setakat ni tenang je. Harap terus tenang habis turn aku minggu ni.

Regret

1. Mak - masih macam tu. Menyesal sebab banyak permintaan dia aku tak tunaikan. Aku janji dah nak further study, dan kalau la ditakdirkan fellowship tu nanti tak dapat, aku akan usaha jugak untuk sambung master. Yuran IELTS = RM570. Sabor je laa..

Fokus

1. Aku rasa macam ade ADHD, nasib baik Ritalin tu DD (dangerous drug), kalau tak dah lama aku bawak balik. Cuba sedaya upaya nak fokus pada tugas dan tanggungjawab sebaiknya.

SBW-KUL

1. Laluan domestik ni sentiasa laku - harga tiket tak pernah kurang dari RM280 ke atas. Bulan ni kering kontang, harap harga tak mencanak naik sampai RM1087 macam yang aku beli masa tahun baru cina hari tu.

Hijab buat kekasih

1. Hijab tu masih tebal melindung. Kenapa? Aku tau ada hikmah

6 comments:

MATAHARI said...

SBW? kau di sibu?


moga dipermudah k untuk sambung master.

karl said...

auk, kat sibu. kamik udah 6 bulan kerja sitok.

MATAHARI said...

peh. 6 bulan kitak kat sia dah?
fuh, dah boleh klaka sawak la tok.

karl said...

pandai klaka sikit2 ja, mun org srwk dgr kami madah boleh tau kamik bkn org sitok.

MATAHARI said...

sebab kitak baru 6 bulan, sibu tempat paling mudah mok blaja bhasa lain.

karl said...

hahaha

tadi kamik mau counselling patient, kamik tanya apai, kalau kamik madah melayu, faham sik? Patient madah faham, tapi lepas tu sepanjang masa dia madah iban. kamik senyum ja la,