18 March 2011

Merong Mahawangsa

Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU dah ditayangkan kat cineplex. Aku tak tengok pun lagi. Sebabnya? Sebab kat Sarawak ni, cinema yang kat Kuching & Miri je rasanya yang tayang filem ni.

Apasal la lagu tema filem ni Aniar Zain nyanyi? Rasanya ade je lagu yang lagi relevan dengan filem tu


Lirik kat bawah, memang susah nak tangkap lagu ni sebab sound kualiti kurang

MERONG MAHAWANGSA

Lirik: Indrajit, Jaie Jokhannaz
Musik: CD Khanzab

Bentara! Hitungkanlah mimpi ini
Singgahsanaku menanti di Qalha
Membuai ribut laksana sutera
Ku belai taufan di hujung bahtera

Paduka andika Pra-Ong Mahawangsa

Sujudlah engkau serahkan puterimu
Kesaktian pusar bentara jadi Jentayu
Gah si Naga Sakti barang kenaikanku
Gelora di laut bercanda di awangan

Kuala Tawai saksi bencana
Dilanggar Garuda langkapuri
Engkau di puncak mengibar awan
Dipanah aku Pra-Ong Mahawangsa

“Hei Garuda durjana
Jika sungguh niatmu
Kupanah kau menjalar mati
Tergantung dirimu di alangan
Kering layu kau di tiang sula..”

“Hei panah saktiku
Jika benar namamu Berana Pura
Jika benar kau mempunyai kesaktian
Tunjukkanlah!”

Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di segara masin
Raja Qalha Pra-Ong Mahawangsa

2 comments:

MATAHARI said...

dekat sibu tak maju lagi cineplex nya.

karl said...

tak pasti, aku aku tau pilihan tak banyak