15 March 2011

Mentaliti

Situasi 1

Kat depan sebuah rumah yang rentung terbakar, takde ape yang tinggal melainkan arang berbara yang masih berasap. Berdiri di depan runtuhan rumah tu seorang pemberita yang bengap dan sorang laki tua.

Pemberita: Ape perasaan pak cik, rumah pak cik musnah ni?

Lelaki tua: Ayuh, mari kita bina semula rumah ni!

Situasi 2

Kat depan sebuah rumah yang rentung terbakar, takde ape yang tinggal melainkan arang berbara yang masih berasap. Berdiri di depan runtuhan rumah tu seorang pemberita yang bengap dan sorang laki tua.

Pemberita: Ape perasaan pak cik, rumah pak cik musnah ni?

Lelaki tua: (Menangis) ..pakcik dah takde daya upaya dah..habis musnah harapan pak cik, duit nak pergi haji pak cik semua ada dalam rumah


Situasi 3

Kat depan sebuah rumah yang rentung terbakar, takde ape yang tinggal melainkan arang berbara yang masih berasap. Berdiri di depan runtuhan rumah tu seorang pemberita yang bengap dan sorang laki tua.

Pemberita: Ape perasaan pak cik, rumah pak cik musnah ni?

Lelaki tua: Pakcik harap kerajaan, NGO, menteri, adun, wakil rakyat, perdana menteri, sanak saudara, anak-anak semua akan hulurkan sumbangan pada pakcik untuk dapatkan rumah baru

Situasi 4

Kat depan sebuah rumah yang rentung terbakar, takde ape yang tinggal melainkan arang berbara yang masih berasap. Berdiri di depan runtuhan rumah tu seorang pemberita yang bengap dan sorang laki tua.

Pemberita: Ape perasaan pak cik, rumah pak cik musnah ni?

Lelaki tua: Ini semua salah anak cucu, jiran, perdana menteri, parti kerajaan, parti pembangkang, kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, freemason, illuminati, Perkasa, Hindraf, mereka punya pasal la rumah pak cik terbakar!


6 comments:

MATAHARI said...

haha. berbeza-beza orangnya, berbeza responnya kerana mentalitinya.

karl said...

manusia ni macam buluh, nak jadi lurus @ melentur bermula dari rebung. dah jadi buluh pun boleh lagi sebenarnya nak dilurus @ dilentur, tapi dah jadi susah la.

L said...

pemberita : apa perasaan pak cik?

pak cik : sukaaaaaaaa! sangat2! rasa macam nak tepuk2 tangan! awak tak tengok saya nangis ni?? ni tandanya saya HAPPY!

karl said...

itu agak sarkastik, atau mgkin jugak mental weh, hahaha

MATAHARI said...

LOL. ok, komen tu memang make my day

Dark Half said...

kisah tentang mentaliti ni dikupas dgn lebih jelas di entry terbaru incik matahari