23 March 2011

Melayu melankolik

Aku layan gak drama Melayu. Last sekali drama bersiri Hani kat TV3. Aku layan drama tu sebab nak tengok heroin drama tu yang cun aka Nur Fathiah. Hahaha.

Dalam drama tu cerita pasal sorang brilliant girl yang bernasib malang sebab menghidap barah otak dan seterusnya menyebabkan dia hilang penglihatan akibat adverse effect pembedahan. Last sekali kanser tu metastasize (merebak) balik dan dia mati.

Hari ni aku terbaca berita pasal pelajar yang keadaan dia sebijik macam watak cerita Hani tu. Chinese student, hilang penglihatan sebab kesan pembedahan untuk buang tumor dalam otak. Hari ni dia dapat keputusan SPM - 9A.

Ironinya Melayu dalam drama mati dan beralih arah dari berusaha nak jadi berjaya, sedangkan manusia lain yang hidup dalam dunia nyata tetap berjaya dalam berdepan dengan cabaran sebenar.

Melayu ni melankolik. Susun la semua lagu - lagu Melayu, 90% lagu-lagu sedih yang terlampau sedih. Melankolik tu petanda jiwa yang rapuh. Dan atas sebab melankolik ni Melayu ni jadi fanatik - terutama bab2 politik, dalam bab2 berkawan & mengawan, dalam bab2 bercinta. Melankolik, fanatik ni kemudian jadi penutup kepada perkara paling penting - rasional. Dalam cerita Hani tu camtu la - hilang penglihatan - tak leh amik exam, x ambik Spm & last2 mati. Perfect ending for melancholic.

Mungkin sebab nama Melayu tu sendiri - layu, maksudnya tak segar, tunduk menunduk. Macam mana nama Melayu tu boleh lekat pun aku tak tau - sebab aku pernah baca nama asal bangsa Melayu ni sebenarnya Melaju - merujuk pada ketangkasan bangsa ni berlayar di laut lepas, geng2 pedagang la ni sebenarnya orang Melayu ni zaman dulu. Kalau bukan pedagang, mungkin geng2 lanun la kot.

Kepada Melayu semua, buang sifat melankolik dalam diri anda. Melankolik - berlebih-lebihan, over sangat, kalau bersedih sedih sangat, kalau gembira gembira melebih-lebih. Rasionaliti - kalau nk berubah.

3 comments:

Dark Half said...

aku takde komen utk melayu yg kau andaikan melankolik. mungkin dlm m'sia, nmpak obvious

satu hal yg aku agak pelik, sekuat2 usaha dan jiwa masyarakat jepun kalau ditengok pd kemajuan dan culture dorg, kes bunuh diri antara yg tertinggi di dunia adalah jepun. mungkin ke japanese jugak termasuk dlm bangsa yg melankolik?

karl said...

japanese pun sama jugak - yes they're melancholic. cuma cara dorang menterjemahkan sifat dorang tu berbeza. dorang ego, sikap perkauman dorang tebal. orang luar digelar sebagai gaijin aka alien. sebab ego, sikap xnak kalah dorang tu menjadikan dorang sentiasa berusaha untuk berjaya.

tapi akhirnya ego dorang memakan dorang sendiri - mcam ko tulis tu la dorang cenderung utk bunuh diri.

melankolik melayu dan jepun tak sama, walaupun dua2 melankolik

Lovesucks said...

like.