08 March 2011

Kembara peniaga jalanan

3 tahun lepas, Hentian RnR Lebuh Raya Pantai Timur, menghala ke Kuantan

"Assalamualaikum bang, saya ada buku, tulisan Ustaz Sulaiman Endut," tegur sorang laki pada abah aku.

Abah aku selak-selak buku tu dalam seminit, lepas tu keluar duit beli.

Sampai sekarang buku tu masih jadi bacaan kat rumah aku. Tak dinafikan isi kandungan buku tu memang bagus, berguna kalau nak belajar ilmu-ilmu fardhu ain. Adik2 aku yang kecik pun baca buku tu jugak. Abah aku cakap, dia cuba cari buku tu kat kedai sekitar tempat tinggal keluarga kami tapi takde jual.

Aku pulak dapat jumpa gambar buku tu kat dalam internet.


Link untuk beli kalau berminat: Link 1, Link 2

Kedai makan, bandar Sibu, waktu tengah hari

"Assalamualaikum bang, saya ade jual pakej CD & buku Al Quran ni, harga RM10," tegur sorang lelaki berkopiah masa aku tengah makan.

Aku tengok dulu bacaan surah apa dalam CD yang dia offer tu. Yaasin, Ar Rahman, As Sajdah, Al Waqiah, Al Mulk..
Aku hulur RM10 kat brader tadi. Sejak beli, dengar CD tu, dah kurang sikit affinity tangan aku nak dengar @ stream muzik2 rock. Susah nak berhenti terus, tapi aku mengaku aku dah kurang sikit nak dengar muzik rock skang.

Kepada peniaga jalanan sekalian, asalkan korang tak jual barang cetak rompak, moga Allah berkati usaha korang.

2 comments:

Dark Half said...

setiap orang ada turning pointnya...
aku jugak nampak sisi perubahan yg agak ketara dari mereka-mereka yang dah melaluinya, cam salah sorang darinya, brader ben krenmaut

karl said...

aku belum pasti lagi sama ade ni turning point aku @ tak