30 March 2011

Haram sesedap rasa

Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco: MB

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.
Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram. 

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.

"Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang...jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan. Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti," katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada UMNO baru-baru ini.

Dr Zambry berkata, dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC. - BERNAMA 

________________________________________________________________________________

Baca pulak pasal istiadat negeri Perak, MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL DI TUJUH  KUALA SUNGAI PERAK

Link tu aku memang dari website rasmi Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan.

Jawatan Pawang Di Raja tu, haram ke tak?
Haram Melayu Islam ni haram sesedap rasa je, ikut suka sendiri. Aku takde masalah kalau betul tarian poco2 tu memang deviate & ade unsur2 tak elok, macam kes pengharaman Yoga lebih kurang 3 tahun lepas. Tapi jangan la double standard. 

Laki berbaju batik yang aku jumpa kat KLIA semalam cakap camni,

"Kalau orang bagi duit jud, ambil saja bah. Duit gaji kamu kalau kamu kerja kerajaan pun mana ada halal, campur seua itu duit cukai babi, arak semua,"

 Huh!

Nota: Sultan Perak merupakan ketua agama Islam negeri Perak. Peace.

No comments: