05 March 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Filem ni dah masuk cinema tahun lepas, hujung tahun. Mulanya aku agak skeptik nak tengok, bila ade selebriti blog yang describe filem ni sambungan Zombie Kampung Pisang. Filem Zombie Kampung Pisang tu, komponen yang aku suka cuma dialog watak-watak dalam filem tu yang dekat dengan masyarakat - isu subsidi, diskriminasi pada orang yang pelajaran tak tinggi, hidup budak2 muda kutu rock - kalau nak dikira pasal logik, nilai filem tu nampak macam bukan la karya besar pun, tak segah Johnny Got His Gun atau pun Forrest Gump, macam tele filem yang masuk Astro je. Lebih tepat, secara bersahaja la. Kira untuk lawak-lawak santai dan bukan ke tahap nak mengangkat pemikiran penonton ke tahap melintasi imaginasi dorang, cukup setakat nak buatkan penonton aware dan sedar dengan isu2 yang Mamat Khalid tu nak sampaikan.

Itu yang aku fikirkan, sejak aku tengok filem Zombi Kampung Pisang tu dulu.



Aku baru tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah semalam. Dan permulaan filem tu baru menyedarkan aku pasal mesej asal Mamat Khalid pasal zombi dalam filem sebelum tu. Filem Kak Limah Balik Rumah bermula dengan mat jaga, aku lupa lak nama watak tu gerun dengan cahaya putih terang benderang, kemudiannya tayangan parody filem zombi, Zombi Amuk di Mrzm (Mrsm?). Lepas tengok bab zombi berlawan dengan cikgu displin, baru aku faham - zombi merupakan sindiran sinis lagi tajam Mamat Khalid kepada kelompok masyarakat yang mengikut apa je trend, arahan, ikutan yang melingkungi hidup dorang tanpa berfikir panjang. Student sebagai zombi, memang betul, pelajar sekolah kan zombi, sama ada suka atau pun tak. Jadi zombi kepada peraturan sekolah, jadi zombi pada kehendak keluarga, jadi zombi kepada cikgu, kepada senior. Zombi yang melawan macam satu simbol orang2 yang dulunya nak mengikut je segala-gala benda cuba bertindak melawan perkara-perkara yang melingkungi dan merantai dorang.

Disebabkan filem ni dah 3 bulan lebih ditayangkan, dengarnya dah keluar DVD dah pun, aku malas la nak cerita sinopsis dalam entri ni. Filem kali ni tetap diterapkan unsur lawak, tapi lebih serius berbanding Zombi Kampung Pisang. Beberapa watak baru dicipta - Abu Hurairah, merupakan kesinambungan watak Allahyarham Loloq dulu yang memegang watak sebagai Kamsan, vokalis kumpulan rock. Dalam filem Hantu Kak Limah kali ni, isu dan kritik sosial nampak macam banyak sikit berbanding dalam filem Zombi Kampung Pisang. Dan penamat filem ni merupakan penamat yang serius - penamat filem yang selalu kita jumpa dalam filem-filem seram tanpa komedi. 

Ramai yang komen filem ni bagus dalam blog dorang. Pada aku, betul memang taraf filem ni naik setingkat berbanding filem Zombi Kampung Pisang. Harapnya filem Jin Pakai Toncit pasni lebih bagus lagi.

2 comments:

Dark Half said...

aku tak tengok lagi filem ni walaupun dah ramai heboh cakap best sejak ditayangkan. mungkin aku patut try tengok jugak

karl said...

Mamat Khalid nampak macam dah improved sikit dalam filem ni.