23 March 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Aku terdedah dengan kisah hidup Anwar Ibrahim ni sejak 13 tahun lepas. Waktu tu aku belum ambik UPSR lagi, dan zaman UPSR aku banyak exposed dengan berita2 gelombang reformasi.

13 tahun lepas dia dituduh meliwat Sukma Darmawan dan Dr Munawar Ahmad Anees. Kemudian 3 tahun lepas sebelum pilihan raya Permatang Pauh, muncul Saiful Bukhari mengaku diliwat Anwar. Sekarang timbul isu video lucah yang kononnya melibatkan susuk Anwar Ibrahim ni.

Aku menyampah jugak dengan Anwar Ibrahim ni. Sebab semenjak dah bebas, kemudian jadi peneraju golongan pembangkang politik layar perjuangan dia dah tercondong ke arah kuasa. Bukan macam Anwar Ibrahim yang aku baca dalam sejarah, yang dulunya memperjuangkan rakyat miskin yang mati kebulur sebab harga getah murah. Dia tak lagi marhaen - dalam majlis duduk makan sesama orang-orang besar, mungkin jelik nak beratur, duduk semeja dengan rakyat biasa. Lidah bercabang, tu satu hal lagi.

Tapi dalam hati aku tersisa lagi perasaan kesian. Anwar Ibrahim tak kalah, cuma disekat setiap kali nampak macam nak naik. Dan cara dia disekat tu yang mengharukan - ditangkap dalam rumah oleh komando, ditelanjangkan oleh kawan sendiri dalam parlimen sampai kecewa dan keluar dewan, dimalukan dengan cerita-cerita rekaan yang bukan-bukan. Dia dijatuhkan dengan cara cah keting, dengan ditikam belakang.

Anwar Ibrahim bukan politician yang baik, dan aku takkan sokong dia kalau pun dia bertanding kat kawasan pilihan raya tempat aku mengundi. Cuma aku tetap kesian dengan dia - sebagai manusia.

5 comments:

Arm_mj said...

walaupun sokong PKR..tp x suka anwar..dulu pikir pemikiran dy bagos..cam mahathir (dulu la) but now..agknya trauma duk lam penjara x pon side effect arsenik hehe

CinderLaLa said...

Setuju... wlupn kurang bersetuju dgn corak pimpinan mahupun arah tuju matlamat beliau yang tersembunyi tu, tetap rasa kesian gak tngok diperlakukn sedemikian rupa.. Ada2 saja taktik dunia politik skrg dlm menjatuhkn sesiapa.. Wallahualam...

karl said...

Arm_mj: dalam PKR ramai Melayu yg kebetulan bekas2 UMNO dalam tu. maka nak tak nak gen UMNO pun ade dalam PKR.

ade tokoh yang idealist. Anwar Ibrahim 30 tahun dulu tokoh yg idealist. malangnya makin tua akhirnya kalah jugak dengan kehendak mainstream


CinderLala: kita sama2 manusia :)

Dark Half said...

aku rasa se'idealist' manapun seseorang, smpai satu tahap akan kalah pada kehendak mainstream jugak

unless dia mati dgn pride dan prinsip yg takkan dipengaruhi sesiapapun

karl said...

jadi..daftar la diri sbg pemuda umno. sebab muda2, klau sokong reformasi, sokong pkr pun..nanti dah tua sokong umno jugak..hahaha