19 March 2011

anda gay? anda tak ok


Empat mangsa menunjukkan gambar lelaki gay di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA di Jalan Ampang semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.

copypaste bulat2 dari Kosmo

4 comments:

Besi Karat said...

Dah la gay,bodoh pula tu.what a wonderful world.Lor.

MATAHARI said...

hanief dah kena tangkap. woha!

Dark Half said...

kes hanief: silap besar la reveal ic..huhu

saya gay, saya kena rompak. woha jugak!!

karl said...

Besi Karat: bila jadi kes macam ni, aku tak tau nak kesian ke @ nak bash dorg, hahaha

Matahari: signal pilihanraya dah dekat. video2 yg hanief uploaded masa PRU 12 dulu salah satu bahan kempen PR yg efektif

Dark half: tu menunjukkan dia memang tak takut kena tangkap la kot, keh3