12 March 2011

6 months

Baru 6 bulan kerja.

Kerja kat tempat kerja sekarang ni, perasaan aku bercampur baur - love n hate berada dalam equilibrium yang tak stabil.

Seronok sebab dapat pengalaman baru - dapat belajar loghat Sarawak, dapat tengok tempat orang macam mana, selama ni aku kenal Sibu melalui kumpulan Dinamik & Rosli Dhoby je, sekarang dah 6 bulan aku kat tempat ni, dapat merasa makan minum kat sini, jadi aku tau makan minum kat sini tak sesedap macam kat tempat aku. Tapi sekurang2nya tak semahal macam tempat2 yang pernah aku sampai sebelum ni. Seronok jugak dapat pengalaman kerja yang sebenar, berdepan dengan real fucking working life, kerja kadang2 macam nak gila pening kepala lepas tu hujung bulan duit masuk. Bila dapat duit boleh bagi kat parents, kalau dulu kerja mengepau parents skang dah boleh hantar duit. Dapat merasa naik kapal terbang.

Yang tak seronoknya ade beberapa kemudahan & servis tak dapat nak belajar kat sini - especially CDR & TPN, berjumpa dengan sesetengah colleague yang pijak kepala, mak aku sakit tapi aku tak dapat nak jenguk tiap minggu, tambang kapal terbang pulak tak pernah nak murah. Dapat pulak member rumah yang susah nak masuk satu kepala, sampai aku teringat2 member rumah aku masa kat univ dulu yang sempoi. Duit gaji memang la lebih skit dari member2 yang kerja kat semenanjung, tapi bila kira pulak bab tiket kapal terbang mahal, jadi hakikatnya aku tetap miskin dari dorang. Aku kat sini pakai motosikal kapcai, member2 lain dah sambar kereta canggih2. Jadi anak sulung ni, ditambah pulak sebab aku bujang dan takde family sendiri, so family la yang jadi priority tapi bila terpisah macam ni - memang tertekan la jugak. Lepas tu bila ade kenal orang kat sini yang terlebih ramah - jadi lemas. Dan yang paling membuat aku trauma - kematian Mus, senior aku kat sini yang dari Kedah, meninggal lepas 11 hari kenal dengan dia. Allahyarham dulu beria betul nak balik kerja kat semenanjung, dia tertekan sebab dia sorang je Melayu kat tempat kerja. Dapat jugak dia balik, cuma ending dia tragik. Hidup - macam tu la, kita takkan tau nasib kita walaupun pada jarak sesaat sekali pun.

Tapi ada dua tiga benda yang orang sakat aku sebelum aku sampai sini yang takat ni Alhamdulillah, takde masalah ape. First, Sibu ni orang cakap kat aku dulu bandar gengster. Memang betul, tapi sebab aku punya life kat sini routine life je, jadi so far takde masalah la sebab aku buat hal aku je. Kedua, konon awek sini suka kat orang semenanjung, suka pakai bomoh. Ceh, dorang semua memang la lawa2, tapi aku tak nampak pun macam statement tu betul. Lagipun dengan badan gemuk dan muka hodoh aku ni kalau aku pergi ceruk mana pun awek takkan sanggup nak bomohkan aku untuk dapatkan aku, so benda ni pun takyah nak pedulik la, khurafat je. Ketiga, orang Cina sarawak gengster, kurang ajar dengan Melayu dengan orang Bumi. So far aku kat sini ok je, member2 sekerja yang Cina takde pun yang kurang ajar melampau dengan aku, geng2 cina kat sini takde la seteruk macam gambaran yang orang cerita kat aku. Memang aku boleh nampak dorang jenis tamak dalam bab2 berniaga, tapi bab2 gengster tu setakat ni aku takde pulak berdepan dengan masalah orang ganas nak pukul aku. 

Berfikir pasal kerja. Kerja aku sekarang ni, kerja gov yang kalau nak naik gred takde la ambik masa lama teruk sangat. Gred 41, lepas 3 tahun naik gred 44. Lepas 4 tahun kemudian naik gred 48, dan kalau kerja 4 tahun lagi, naik gred 52 pulak. Sounds cool? Ok la kot. Tapi aku terfikir gak, kalau aku sambung master - habis master, jadi lecturer dah naik gred 45. Pastu sambung phd (permanent head damage), naik gred 51. Ni bercakap pasal kerja gov la, kalau nak bercakap bab berniaga lain la pulak sifir dia. Jadi aku pun dah decide nak sambung master awal - cukup 6 bulan lagi kerja, sambung master pulak. Lagi pun cabaran jadi lecturer ni walau pun berlainan berbanding kerja hospital/klinik/penguatkuasaan, tapi aku rasa aku lagi mampu untuk bawak beban sebagai lecturer berbanding dengan kerja aku sekarang. Kerja melibatkan manusia ni - kadang2 melibatkan nyawa dan kehidupan orang, satu benda yang aku discover lepas aku bekerja. Masa belajar dulu benda ni tak ditekankan sangat. Bila dah dapat tau nature kerja tu macam tu - rasa tak selesa pulak la. 

Borang permohonan online untuk fellowship univ aku dah isi, dan memang harap sangat dapat la fellowship tu. Tapi dalam masa yang sama, kalau ditakdirkan aku dapat tajaan univ nanti, aku kena kongsikan sebanyak mungkin pengalaman aku dengan students pulak. Jadi aku ada baki 6 bulan lagi untuk kaut sebanyak mungkin knowledge untuk aku gunakan balik masa nak build balik kerjaya baru. 

6 bulan dah..rasa macam baru semalam. Harap 6 bulan lagi pun berlalu dengan cepat macam ape yang aku go through sebelum ni.

Tapi bab Sibu yang paling best, sebab band rock kapak yang aku minat asal dari sini, keh keh. Aku dengar recording studio dorang kat sini, tapi aku tak tau la kat mana pulak letaknya. Lagu Di Antara Gadis, Biar Putih Tulang aku dengar dalam bas first time masa balik dari kem motivasi PMR 9 tahun lepas - sekarang aku dah bekerja kat hometown band yang main lagu2 tu. Hehe

4 comments:

MATAHARI said...

sibu.
bandar gengster.
dan juga tempat makanan halal dan tak halal bercampur baur.

sampai uncle aku yang tinggal di sibu, bila aku curious mahu duduk di restoran cina tiada sijil halal tapi ada gerai melayu dalam nya, mengatakan aku dah jadi orang malaya. haha.

baik2 hidup sana, der.

lain lidah,lain tempat, aku pulak rindukan kuching. sibu tempat tinggal kedua.

karl said...

aku dtg kerja je sini, bab2 lain kat sini aku x amik pusing sgt.

Dark Half said...

patutlah entry kau cam stress je kebelakangan ni. macam2 perkara berlaku. lumrah cari makan kat perantauan

hopefully kau dpt penuhi cita2 nk sambung master. all the best, bro

karl said...

Dark: letih kalau nak kira semua benda yang dah jadi. Macam quote Tom Hanks dalam Cast Away, I keep on breathing.

terima kasih untuk wish tu.