14 February 2011

Selawat ke atas Nabi

Esok pagi Maulidur Rasul. Cam biasa kat seluruh negara tempat yang ada umat Islam yang ingat, atau konon2 ingat pada Rasulullah S.A.W akan buat perkara cliche, buat perarakan sambil berselawat. Dari mana asal usul budaya berarak time harijadi Rasulullah aku tak pasti la, tapi sekurang-kurangnya bila ada hari cuti, ada perarakan macam tu orang Islam yang lahir seribu tahun lebih lepas kewafatan Rasulullah teringat jugak la kat orang yang diutus oleh Allah untuk menyebarkan ajaran samawi terakhir kat atas muka bumi ni.

Umat yang lahir lepas kewafatan Nabi, termasuk aku dan tuk nenek moyang aku semua berdepan dengan cabaran yang terlalu hebat. Kita diajar untuk percaya akan kewujudan susuk tubuh yang kita tak pernah nampak depan mata sendiri. Lukisan yang menggambarkan muka, tubuh badan Rasulullah pun takde, zaman tu pulak teknologi rakaman video, mp3 dan segalanya takde lagi. Islam pada zaman Rasulullah, yang asalnya berteraskan wahyu dan sunnah, kemudian bercabang-cabang pulak sampai beratus-ratus ranting. Ada Sunnah Wal Jamaah, ada Shiah, ada Hanbali, Maliki, Syafie, Maliki, ada sufisme, Wahabbi, ada pulak lagi ajaran tarekat dan segala macam lagi la cabang2 pemikiran yang semuanya mengaku yang aliran pemahaman dorang betul. Ada Muslim yang baca qunut masa Subuh, padahal kat Makkah kalau pergi solat Subuh kat sana takde pun imam baca qunut, kecuali hari Jumaat. Aku pernah berselisih pendapat pasal bacaan talkin, bacaan surah Yasin malam Jumaat dengan kawan aku. Tapi mujurlah Islam masih boleh dikenal melalui fundamental dalam ajaran tu. Sebagai contoh, rukun Islam ada 5 - syahadah, solat 5 waktu sehari, puasa, zakat, Haji - maksudnya aliran apa pun yang korang pegang, selagi rukun yang lima ni korang buat, korang tetap dikira Islam.

Perbezaan aliran dah satu hal, kemudian pengaruh-pengaruh dan budaya yang menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam pulak pada tiap2 zaman akan wujud budaya-budaya macam tu. Zaman Rasulullah dulu Rasulullah berdepan dengan orang kafir yang menentang dengan penindasan dan kudrat, zaman sekarang lagi hebat. Zaman sekarang ada tv, ada panggung wayang, ada parti politik, ada sistem kewangan berasaskan faedah, ada fesyen perempuan pakai tudung kat atas pakai legging kat bawah. Macam-macam ada. Umat Islam zaman sekarang bukan setakat di torture melalui penindasan macam yang berlaku di Tak Bai, Afghanistan, Iraq, malah serangan dari sudut mental pun tak kurang hebat. Benda-benda ni semua masa zaman Rasulullah dulu mana ada.

Tapi dari satu sudut Allah tu Maha Adil. Setiap kali kita selawat kepada Rasulullah, Allah berselawat 10 kali kepada kita. Baca Surah Al Ikhlas tiga kali je, dah dapat pahala macam khatam sebuah Al Quran. Dan sekali lagi kita diuji - dosa pahala, mana kita nampak. Tak nampak pun dosa, pahala, malaikat, syaitan, hari kiamat, Padang Mahsyar, tu semua tak nampak. Kita diminta patuh pada semua peraturan dan shariah dalam hidup, tapi tak diberi peluang nak melihat dosa, pahala dan semuanya yang ada dalam ajaran Islam.

Jawapan kepada masalah tak nampak dosa, pahala, syurga neraka ni - pada aku tak guna nak pertikai kewujudan sesuatu yang dah dihijabkan daripada pandangan mata kita. Percaya la pada semua benda ni macam kita percaya yang kita semua ni bernyawa walaupun kota tak boleh nampak nyawa kita sendiri. Dan yang paling penting, kaji tentang setiap ajaran dan shariah dalam Islam, tak kira la kita ni Islam baka atau Islam Mualaf. Kaji kenapa kita kena solat, kenapa kita kena bayar zakat, kenapa kita kena sembelih ayam, lembu kambing sebelum masak dan makan binatang2 tu. Kaji kenapa kita tak boleh makan babi, tak boleh minum arak, tak boleh berzina masa hari Valentine dan hari-hari yang lain jugak. Kepercayaan aku pada Islam, asasnya, sebab aku fikir-fikir balik setiap perkara yang dibenarkan dalam Islam dan yang diharamkan dalam Islam menepati fitrah manusia. Aku rasa kalau korang rasa ragu-ragu pada ajaran Islam, tak salah kalau korang persoalkan kenapa kena buat itu, buat ini dalam Islam. Lepas tu berbincanglah dengan orang yang arif dan cuba cari setiap kelebihan setiap perkara yang kita kena buat sebagai sorang Muslim. Sebab bila korang tau apa kelebihan, keistimewaan dan hikmah bila korang buat sesuatu, keyakinan korang akan lebih teguh. Aku bukanlah nak suruh korang jadi Muktazilah, tapi hakikatnya Islam ni sendiri agama yang menyeru supaya umat Islam mencari ilmu. Melalui ilmu kita akan nampak jalan & hakikat kebenaran Islam.

Sempena Maulidur Rasul ni, kepada umat Islam selawat la banyak2 untuk Rasulullah yang dulunya memikul tanggungjawab menyebarkan Islam, yang akhirnya membolehkan korang kenal rukun Islam, rukun Iman, Al Quran, sunnah pada hari ni. Dan ambil la masa yang masih ada sekarang, untuk dalamkan lagi pemahaman dan seterusnya mempraktikkan perkara-perkara yang patut kita lakukan sebagai sorang Muslim. Okeh, salam.

7 comments:

Dark Half said...

aku setuju. umat islam selepas wafatnya Rasulullah sebagai utusan terakhir banyak cabarannya.

manusia semakin bijak mempersoal sesuatu yg terhijab dari pandangan dan hukum Allah sedangkan sebahagian dari diri mereka masih mengaku dirinya muslim

salam Maulidul Rasul. mari berselawat ke atas baginda

Breakeven said...

~ huummm...hummmmmmm...

karl said...

Dark Half: Ustaz aku dulu, pernah bercakap kat aku dan kawan2 aku dalam kelas. camni la lebih kurang - cuba awak senaraikan peraturan apa dalam Islam yang awak rasa tak betul?

jadi skeptikal ada masanya perlu, cuma bila kita bertanya soalan, kita kena cari sumber yg betul untuk dapatkan jawapan.

Breakeven: awat?

cEro said...

budaya 'menidakkan' macam dah menjadi2 dlm msyarakat kita..
aku bimbang, smpai satu tahap, kita sendiri tak tau beza mana betul mana salah, hanya kerana majoriti menidakkannya..

karl said...

Cero, baca tulisan blogger Ah Yap kat bawah ni

http://www.ahyap.com/blog/democracy.php

aku pun berpendapat macam ko jugak, demokrasi, majoriti sebenarnya akan jadi tak betul bila orang2 yg menjadi majoriti tu sendiri tak betul

Lee Zha said...

pada manusia yang nak berfikir, islam tu bukan saja2 buat fatwa ke..larangan ke apa..tapi untuk kebaikan...

tu untuk manusia yang nak berfikir..

masalah zaman skang ni, bape kerat yang nak berfikir? suma nak kena ajar satu2..

bila menyimpang jauh, mula tuding jari pada mak bapak tak ajarlah, cikgu tak ajarlah..

rasa2nya, manusia skang ni kena ajar dan sedarkan btol2 kot fungsi otak untuk apa..

bukan takat otak tu nak bukti yang kau manusia..tapi untuk fikir kenapa dan apa..

karl said...

Liza - akal manusia ni masing2 terbatas. sebab tu kita kena masing2 mengingatkan antara satu sama lain