08 February 2011

Sambung cerita

klik kat sini untuk baca kisah sebelumnya --> baca dari mula..

Cahaya bulan terang. Agak senang kerja aku sebab walaupun cahaya bulan samar-samar je, aku dapat jugak tengok keadaan sekeliling, takde la pitch black, gelap terus macam kulit awang Nigeria. Bau hanyir darah dan daging tauke bangsat yang aku baru bunuh tu mula menusuk hidung aku. Pelik jugak, aku dah bungkus elok-elok dalam plastik apasal berbau lagi, siap letak dalam guni pulak tu. Aku heret jugak bangkai tu, nak pikul berat sangat, pasal tauke yang cilaka ni kuat hisap darah worker dia, tengok bila dah mati mayat jadi berat. Aku termenung kejap bila terfikir pasal tu, nanti aku mati macam mana la pulak nanti. Dah bertafakur kejap, aku teruskan mengheret bangkai tauke tu.

Bau darah makin kuat. Aku tak tau dah berapa jauh aku berjalan dari Hilux yang aku parking kat tepi jalan tadi, agak jauh jugak dah la. Aku tak jadi nak tanam kat tempat aku jumpa budak beromen tadi, bawak jauh sikit la. Terdengar bunyi burung pungguk. Sampai kat sebatang pokok besar, aku lepak kejap, keluar rokok sebatang lepas, ambik lighter dan cucuh muncung rokok. Pekena rokok kejap, aku tengah fikir camne nak settlekan bangkai tauke ni. Nak sepah-sepah kat dalam hutan ni aje ke? Nak tanam? Aku terlupa pulak nak bawak cangkul tadi. Nak campak dalam sungai? Puas la nak meranduk jauh lagi dalam belukar ni, mana ada dengar bunyi sungai pun.

Tengah pekena rokok tu, aku teringat dialog Hannibal Lecter dalam filem Red Dragon

"Have you ever seen blood in the moonlight? It appears quite black,"

Aku bukak guni tu, kemudian celupkan tangan kanan aku dalam plastik hitam yang berisi ketul-ketul daging yang aku dah potong tadi. Bila dah rasa tapak tangan aku dah basah berlendir, aku angkat tangan aku ke atas sambil tengok warna darah yang berlumuran kat tangan aku, dalam remang-remang cahaya bulan. Aku tersenyum sendiri, betul cakap Dr Hannibal, memang macam warna hitam, tak nampak warna merah.
Tengah senyum sendiri tu tiba-tiba angin bertiup kencang. Kuat, pokok-pokok kecil bergoyang. Dalam tiupan angin tu terdengar sayup-sayup macam suara memanggil.

Aku cuba tumpukan pendengaran aku. Akhirnya aku dapat tangkap...

"Atas..atas..atas.."

Aku pun dongak ke atas. Aku nampak..

(a) Ultraman duduk bertenggek kat atas dahan pokok

(b) Poster ceramah Anwar Ibrahim

(c) Cahaya merah terang benderang

kepada tuan punya blog yg dah aku letak link, mintak tolong sambung cerita, hehe



Disclaimer

*Siri Budak Welding ni sebenarnya adalah tag dari Irwan. Sesapa yang membaca entry ini secara automatik telah di'tag' oleh aku. Sesiapa yang gagal meneruskan tag berantai ini akan menerima musibah 24 jam setelah korang gagal menyambung siri Budak Welding ini. Marilah berasa seram beramai-ramai. Sekian.

13 comments:

aliaaroslan said...

halaaaaa.. terbaca! cis. dahla tak pandai mengarang.

eszol raar said...

ceyt!

Dark Half said...

pehh..serius mantop. aku pun x mampu nak narrate detail camni

watak hannibal lector serius cool.kau tgk tak prequel red dragon? silence of the lambs

karl said...

kak alia: hahaha, habes la

eszot: tak seram pun kan

dark: aku rasa yg ko tulis lagi detail, heheh

aku tengok dah keempat-empat siri Hannibal tu. pada aku silence of the lambs is the winner, nak2 bab yg hannibal siat muka guard yg dia bunuh buat topeng utk escape.

Irwan said...

surat berantai ni tak berguna kalau kau tak letak pilihan ABC yang mengandungi link ke blog kawan yang seterusnya...aku menanti sambungan...

karl said...

wokeh bos, nanti aku buat

Ka-Ching said...

terima kasih kerana buat aku ketagihan...i want more!!! boleh ke?

aku nak bace sape yg buat citer sambungan otromen bertenggek ekekeke~

Lee Zha said...

aku baca pun dah nak muntah.

tak sanggup aku nak sambung.

mak busy nyah an kempem 1000 mak noks~ aukk~


hahahaha

karl said...

@Lee Zha, keh keh, takde la ganas sangat pun

karl said...

Ka Ching, ko kena tengok yang siri sambungan org lain kot. aku tak rasa bloggers yg aku tag nak tlg sambung cerita ni

Irwan said...

macam yang aku cakap dalam discalimer, korang kena bagitau diorang bahawa diorang kena tag.

bagi url entry yg korang tag diorang tu...

Irwan said...

oh ye, eszol aku dah tag so karl kena tag orang lain...

karl said...

Irwan, aku sambung sendiri. Haha, complicated lak rasa. Aku rasa benda camni sesuai buat kat forum ah, kalau melibat komuniti blog ni rasa cam susah je