11 February 2011

Sambung cerita lagi (Aku quit)

Sorry Irwan, rasa cam complicated la pulak projek sambung cerita ko tu. Btw pasal aku join, aku bagi penamat versi aku sendiri. Daa..


(a) Ultraman duduk bertenggek kat atas dahan pokok
Aku pandang mata ultraman tu lama-lama. Dia pun pandang aku. Lama kami berpandangan, tapi sepatah haram pun perkataan tak keluar. Last-last Ultraman  break the silence,

"Awat hang buat tak tau ja, chalk on sorang ja. Mai la kat aku rokok sebatang,"

Uii, ultraman nih cakap Kedah. Aku pun hulur kotak Pall Mall kat ultraman. Tapi ultraman masih bertenggek kat atas pokok. Lama aku hulur kotak rokok tu, tapi dia bertenggek lagi kat atas pokok. Aku dah start panas

"Aih, paloinya ultraman nih. lama kamik nunggu kitak ngambik rokok. Mari la turun sitok, sik kuasa kamik nekik pokok," Aku sound je, lantak la ultraman ke sape, apesal lak aku nak beria, padahal tadi dia yang mintak Pall Mall aku.

Ultraman pun perlahan-lahan, turunkan kaki, berhati-hati turun dari pokok, tapi tah macam mana tah dia secara tak sengaja tergelincir, jatuh dari pokok. Jatuh mengiring, sakit jugak gayanya. Tapi dia bangun jugak,cuba buat-buat control steady. Ultraman pun mengesot datang ke arah aku. Hero macam mana pun, jatuh pokok tetap sakit jugak.

"Rokok..rokok..rokok.." Ultraman bersuara, terketar-ketar sebab sakit.

Aku letak Pall Mall kat celah bibir dia, pastu tolong cucuh api sekali. Tak lama pastu berkepul asap keluar dari mulut dan hidung Ultraman."Ko hisap rokok gak ultraman? Mana boleh camni, nanti budak-budak tau, dorang pun ikut apa ko buat ni," aku start borak balik, lepas dia nampak macam lega sikit.

"Budak budak mana nampak aku kat sini, dorang tengok aku dalam tv ja. Lawan raksasa sampai raksasa meletup, kalau kalah panggil abang, akak, bapak, datuk, nenek turun. Itu kerja punya cerita, aku pun nak ada life aku sendiri jugak," Ultraman back up diri sendiri. Aku pun pasang rokok sebatang lagi.

"Ko buat apa dalam hutan malam-malam ni brader, bawak guni pulak tu. Tadi aku nampak ko celup.." Ultraman tiba-tiba diam. Aku pelik, apsal lak mamat ni diam. Kemudia baru aku perasan, tangan kanan aku berlumur dengan darah.

Ultraman start gelabah. "Ok la brader, gua chow dulu, terima kasih payung aku rokok sebatang,"

Ultraman berdiri dan berjalan terhincut-hincut meninggalkan aku. Dalam empat langkah lepas dia berjalan, aku terajang ultraman sampai jatuh. Aku pijak kaki Ultraman sampai bunyi berkeretup patah. Ultraman menjerit kesakitan,

"Tolong, ampun brader, ampun..Aku takde niat nak skodeng lu, aku duk atas pokok nak tengok anak bulan, nak tau bila raya Tahun Baru Cina je.." Ultraman merayu. Dia mengensot, cuba merangkak pergi. Aku duduk balik kat banir pokok, habiskan rokok aku. Ultraman terus mengensot dalam kepayahan. Dalam lima minit kemudian, rokok yang aku hisap dah sampai tinggal puntung. Ultraman dah jauh, tapi aku boleh dengar lagi dia mengensot. Perlahan-lahan aku bukak tali pinggang aku, dan berjalan ke arah bunyi mengensot tu...


TAMAT


(b) Poster ceramah Anwar Ibrahim

Kat poster ceramah tu aku nampak gambar Anwar Ibrahim pakai spek hitam sambil tuju jari penunjuk ke arah kamera. Tertulis jugak venue ceramah tu, kat Parit Buntar, Perak rupanya. Aku teringat peristiwa lebih kurang 2 tahun lebih dulu.

"16 September ni bakal berlaku perubahan dalam negara kita," Arwah tauke aku bercakap pada aku, masa aku tengah kemas-kemas tool sebelum nak balik.

"Perubahan ape bendanya?" Aku tanya balik.

 "16 September nanti Anwar Ibrahim bakal jadi Perdana Menteri Malaysia." Arwah tauke tersenyum, berseri-seri macam masa dia kena nombor jackpot 6D dulu, cilaka tah macam mana mamat laknat tu teka, boleh kena 2nd prize.

"Macam mana dia nak jadi Perdana Menteri, dia baru je jadi Ahli Parlimen kat Permatang Pauh. Masa election hari tu bukannya diorang majoriti pun dalam parlimen," Aku rasa tak logik langsung ape yang arwah tauke tu cakap, cara cakap dia macam baru pekena gam tayar je.

 "Nanti akan ada ahli parlimen BN nak lompat masuk PR. Pastu Anwar akan menghadap Yang Dipertuan Agong. Aku dah baca belog Tukar Tiub, belog MSO, belog Dunia Cacamarba dorang semua cakap macam tu," punya la yakin arwah tauke time tu.

 Aku diam je. Kami pun sama sama menunggu 16 September. Tunggu, tunggu, tunggu dan akhirnya 16 September pun sampai.

Sampai tarikh 16 September, takde pun breakthrough oleh stesen TV3 suku ataupun CNN, AL Jazeera yang siarkan pasal Anwar Ibrahim jadi PM. 16 September berlalu macam hari hari biasa. Takde perubahan pun yang berlaku.

 "Ala, postpone la tu, ni mesti Agong kena tekan dengan kerajaan BN ni, tu yang Anwar tak dapat isytihar tu," arwah tauke masih lagi percaya.

 Malangnya selepas tu, seorang demi seorang calon PKR keluar parti, dan lebih malang lagi yang keluar tu semua ADUN dan Ahli Parlimen. Perak sampai BN dapat rampas balik sebab majoriti jadi tak cukup sebab PR hilang majoriti. Sejak tu arwah tauke jadi moody, selalu marah-marah. Awal awal tu aku faham, dia tertekan sebab dia dah melabur banyak duit, sponsor ceramah PKR, jadi bila Anwar jadi PM sekurang-kurangnya dia dah ada investment untuk berdamping dengan pimpinan PKR. Berdamping dengan pemerintah merupakan kunci kepada lubuk kekayaan. Tapi hasrat dia tak tercapai, dan semakin dari hari ke hari arwah tauke jadi sorang yang bengkeng, pemarah. Asyik-asyik maki worker, Ah Keong yang dah 15 tahun kerja dengan dia pun berenti sebab tertekan dengan perangai baran arwah.

Aku sedut dalam-dalam asap rokok, kemudian hembus keluar. Laknat kau Anwar, kau punya pasal la tauke aku mati. Kalau kau tak buat janji mengarut tu dia takkan jadi pemarah, dan aku tak perlu bunuh dia. Bangsat, bangsat, bangsat!!!

TAMAT.

(c) Cahaya merah terang benderang

Cahaya merah tu berlegar-legar kat atas pokok dalam seminit, sebelum terbang jauh ke arah hutan tebal. Heh, setan la tu. Usha aku tengah buat apa, pastu bagi tau kat geng dia, sama ada bagi tau kat geng-geng dia ataupun kalau dia bertuan, terbang ke arah rumah tuan dia. Aku buat rilek, nak takut apa, sedangkan tauke aku yang kurang ajar ni pun aku cincang-cincang, apa nak takut dengan setan yang tak boleh nak pegang parang pun. Aku hafal la ayatul Kursi, datang cari pasal dengan aku siap la kau setan.

Kemudian terdengar bunyi derapan kaki. Bunyi daun, ranting dipijak orang. Macam ramai la pulak datang, cilaka siapa datang ramai-ramai ni. Takkan budak balik mengaji surau kot, aku tak rasa aku kat dslam area kampung pun. Rasa cuak dah datang. Aku lagi takut jumpa orang daripada jumpa setan waktu sekarang ni.

Aku pun bangun, heret balik bangkai tauke. Tapi lepas dua langkah, kaki aku rasa berat. Macam ada sesuatu pegang kaki aku. Ahh..sial! Kemudian aku nampak beberapa susuk lembaga datang dekat dengan aku. Makin dekat, makin dekat dan sampai dalam jarak lebih kurang 4 kaki, aku nampak rupa bentuk lembaga yang datang ke arah aku.

Lembaga yang datang tu, aku tak nampak jelas muka tapi nampak macam berpakaian pendekar zaman dulu, pakai semutar, baju gelap tinggi lebih kurang 6 kaki. Ada tiga lembaga. Aku nak baca ayatul Qursy, tapi mulut aku macam terkunci. Dalam remang-remang cahaya bulan, aku nampak salah satu lembaga yang kat tengah-tengah antara dua lembaga lain menghulur tangan ke arah aku, menadah, macam memintak sesuatu. Aku keluar kan kotak rokok Dunhill aku,

"Nak rokok, cakap jela brader, tak payah la bawak geng nak hentak aku," aku bersuara terketar ketar ketakutan.

Lembaga tu kemudian menuding ke arah bungkusan bangkai tauke. Aku rasa macam jadi puppet, aku angkat guni berisi bangkai tu sebelah tangan je, kemudian berjalan ke arah lembaga tadi dan pass kat lembaga tu.

Lepas ambik bungkusan guni tu, lembaga-lembaga tu bergerak perlahan mengundur ke belakang, sebelum perlahan-lahan hilang dari pandangan mata aku. Tak lama pas tu kaki aku dah boleh bergerak macam biasa. Aku yang cuak, macam hilang ingatan, aku tak tau macam mana aku cari jalan balik ke Hilux curi tu, macam mana aku memandu balik ke rumah. Yang aku ingat bangun pagi ni aku dah berselimut kat atas katil, seluar baju pun dah tukar. Kemudian handphone aku bunyi,

"Woi, tak datang kerja ke hari ni? Dah pukul 9 ni!" suara tauke memukul tulang osikel dalam telinga aku.

Mimpi rupanya. Cis! Tiba-tiba aku rasa katil aku basah.

TAMAT.
rader, takyah la sampai bawak geng kot kalau nak pau rokok je," aku bersuara terketar-ketar.

5 comments:

Dark Half said...

pehh...rajin pulak kau buat semua option. pagi2 aku dah tersengih sorg2 baca blog org

geng hiro ada buat cengkerama. bkn irwan punya. lawak tahap mimpi basah..kah3

Irwan said...

ehhh? amender ni karl? betulla kau buat kat bawah tu..

rilekkk..sabar...kalau orang yang kau tag tak buat, kau ag jer orang lain..

sabar...

karl said...

Dark: i start it, then i finish it

Irwan: sorry bro, aku je kot tak menjadi. ramai lagi yang dapat buat macam,aku baca progress yg lain jela. hehe

eszol raar said...

kah kah kah

mmg lain dari yg lain

karl said...

kelainan yg membawak kemurkaan tauke kedai. haha