13 February 2011

Retro Bahang Romania

Teori Domino kali ni terkena kepada batang hidung diktator, heheh. Bermula dengan revolusi di Tunisia penghujung tahun lepas, kemudian menjalar ke Mesir. Akhirnya Hosni Mubarak 'bercuti' ke Sharm El Sheikh, bandar perlancongan di hujung Semenanjung Sinai.

Siri revolusi kat Tunisia dan Mesir tahun ni menjentik ingatan aku tentang Revolusi Romania tahun 1989 dulu. Aku tau pasal revolusi ni melalui pakcik Google, sebab masa belajar Sejarah dulu dalam KBSM tak dimasukkan dalam silibus. Maaf tetapi sekarang aku sedar, sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran di sekolah sebenarnya tak cukup untuk mendidik setiap generasi yang bergelar pelajar supaya belajar daripada kesilapan, belajar tentang kesilapan yang diukir orang-orang terdahulu. Ditambah pulak dengan kisah sejarah yang separuh benar, ahh membebel pulak okeh aku nak cerita pasal Romania.

Aku tertarik nak tahu tentang Romania lepas dengar lagu dari kumpulan Wings yang berjudul Romania (album Teori Domino). Ada disebutkan dalam lagu tu tentang seruan ke arah kedamaian, kejatuhan komunis. Rupanya ketika lirik tu ditulis memang bumi Romania sedang bergelora masa tu. Kerajaan komunis Romania berdepan dengan kebangkitan rakyat yang menentang penindasan. Rakyat Romania pada masa tu berdepan dengan penafian terhadap hak bersuara, keadaan ekonomi yang menjunam, ramai rakyat hidup dalam kemiskinan dan sikap diktator Presiden Nicolae Ceauşescu pada waktu tu antara trigger kepada gerakan menggulingkan kerajaan.

Penentangan bermula bila seorang paderi László Tőkés yang mengkritik media kerajaan, dilucutkan jawatan. Para penyokong Tokes kemudian berkumpul beramai-ramai memprotes tindakan kerajaan, menyebabkan tentera dipanggil untuk menyuraikan peserta demonstrasi. Demonstrasi yang bermula di sebuah bandar Timisoara kemudian merebak ke Bucharest, pertempuran antara tentera dan penunjuk perasaan berlaku. Bayangkan betapa teruknya keadaan - orang awam bertempur dengan tentera yang lengkap bersenjata. Dianggarkan lebih 1000 nyawa terkorban sepanjang revolusi berlaku.

Akhirnya si Presiden cabut lepas Menteri Pertahanan Romania, Vasile Milea membunuh diri. Mulanya Menteri Pertahanan yang baru dilantik iaitu Victor Stanculescu, tapi menteri yang baru ni memihak rakyat dan mengarahkan tentera supaya berundur dan tak ambil tindakan ke atas penunjuk perasaan. Presiden Nicolae dan isterinya Elena kemudian ditangkap dan dihukum mati oleh skuad penembak tentera.

22 tahun selepas Romania, diktator di Tunisia dan Mesir berdepan dengan keadaan yang sama macam kat Romania. Masa revolusi Romania, umur aku baru 2 tahun. Tapi masa umur 24 tahun aku dapat tengok 2 revolusi berlaku serentak. Reformasi 1998 aku tak kira la, sebab tak jadi benda sangat pun, walaupun seronok dapat tengok orang berkumpul ramai-ramai kat jalan raya kat KL, dapat tengok macam mana keadaan riot.






Kat bawah ni lagu Wings yang aku cakap tadi. Enjoy.



No comments: