26 February 2011

Pilihanraya kampus yang klise

Minggu ni kecoh pasal pilihanraya kat kampus UPM. Isu yang biasa-biasa je, maksud aku kalau setakat isu HEP anti dengan Pro Mahasiswa, itu cerita lapuk. Apa yang jadi kat dalam kampus UPM tu walaupun tak pernah terjadi sebelum ni, tapi pokok pangkalnya berakar dari konfrontasi HEP dan Pro Mahasiswa.

Zaman aku belajar dulu Pro Mahasiswa tak wujud kat dalam kampus tempat aku belajar. Sebabnya, kuasa untuk kawal student di universiti alma mater aku dulu berdasarkan akta 174, yang jauh lebih mencengkam berbanding AUKU. Tak payah cerita pasal pilihanraya, ada sesetengah fakulti sampai takde orang nak jadi student rep pun. Jadi suasana pilihanraya kampus tu tak meriah mana la.

Berbanding pada zaman sebelum AUKU dan Akta 174 wujud dulu, mahasiswa mahasiswi universiti memang berani. Malah boleh dikatakan dorang la golongan kritis yang menentang mana-mana dasar kerajaan yang tak memihak kepada rakyat atau masyarakat. Demonstrasi, gerakan mahasiswa zaman 70-an dan 80-an dulu jugak melahirkan figure macam Anwar Ibrahim yang pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Shabery Cheek yang sekarang jadi menteri, dan beratus lagi pegawai-pegawai atasan dalam kerajaan dan ahli korporat. Kecenderungan pemecahan politik pelajar kepada pro kerajaan dan pro kerajaan, memang dari dulu lagi pun macam tu.

Walaupun ideologi pro pembangkang, pro kerajaan dalam gerakan pelajar ni dah menjadi satu tradisi, pada aku timbul jugak persoalan - takkan dah 40 tahun sejarah berlalu, hegemoni ni nak diteruskan untuk 40 tahun lagi? Maksud aku kenapa perlu ada perlabelan pro mahasiswa dan pro aspirasi? Kunci kepada jawapan untuk soalan ni senang je - apa tujuan sebenar siswa siswi ni involve dalam politik kampus ni.

Pro mahasiswa selalunya mengambil pendekatan agresif, mendesak dan mencabar setiap keputusan autoriti yang tak memihak kepada kepentingan pelajar. Pro aspirasi pulak macam musang, kononnya nak jaga kebajikan pelajar padahal akhirnya jadi pak turut, pak angguk pada semua polisi. Sampai tahap ekstrem, pro aspirasi ni jadi back up kepada pihak pentadbiran, padahal sepatutnya dorang back up student. 

Pemecahan ideologi kepada pro mahasiswa dan pro aspirasi ni sekadar meletakkan pelajar dalam tempurung kaca. Atau pun mungkin lebih tepat kalau digambarkan, siswa siswi kita ni kurang pendedahan pada teori2 dan ideologi lain, jumud. Kenapa takde calon pelajar yang perjuangkan pendekatan Islamic dalam urusan-urusan universiti? Kenapa takde calon pelajar yang sosialis, yang perjuangkan bukan je kebajikan pelajar tapi kebajikan seluruh warga universiti, daripada Naib Canselor, Lembaga Pengarah sampai la kepada pekerja am kontrak? Kenapa takde calon yang otak dia macam Steve Jobs, yang boleh mengutarakan idea inovasi untuk membolehkan universiti dorang bergerak ke depan mendahului universiti-universiti yang lain? Balik-balik cerita pasal isu siswa tak dapat duduk kolej kediaman, masalah lalu lintas, masalah saman, masalah faedah bayaran balik PTPTN. 
Keunggulan sesebuah universiti tu dapat dilihat melalui sebanyak mana universiti tu boleh menyumbang ke arah menjadikan masyarakat hidup dengan lebih baik. Jadi sepatutnya begitu jugak dengan siswa-siswi dalam politik kampus ni, mungkin tak perlu la berharap tinggi sangat, cuma sekurang-kurangnya ideologi, perjuangan dorang sepatutnya ke arah menjadikan kehidupan semua warga universiti menjadi lebih baik, bukan setakat berkonfrontasi atas dasar pro mahasiswa & pro aspirasi.

2 comments:

Akulah Aqilah Itu said...

aku akan join benda ni kat U aku nanti.

karl said...

bagus2. belajar jd pemimpin